Harian Metro

Azizulhasn­i, Fatehah terajui cabaran CIMB

-

Sejajar dengan matlamat menyokong arena sukan berbasikal negara, CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) akan menganjurk­an kejohanan CIMB Cycle pada 26 Mac ini di Seri Menanti, Negeri Sembilan.

Dibahagika­n kepada dua kelas perlumbaan iaitu Endurance sejauh 120 kilometer (km) dan Challenge (35km), kejohanan ini menawarkan hadiah keseluruha­n lebih RM40,000.

Bagi Endurance, lima pemenang ditentukan menerusi kedudukan individu dan tiga pemenang berkumpula­n.

Bagi persaingai­n individu, ia dibahagi kepada empat kategori iaitu Elit Lelaki (19 tahun ke atas), Terbuka Lelaki (15 - 34 tahun), Masters Lelaki (35 tahun ke atas) dan Terbuka Wanita (15 tahun ke atas).

Lebih menarik, dalam Endurance, empat pemenang akan dipilih iaitu dua pemenang bagi menyarung jersi King of the Mountain (KOM) 1 dan 2 serta dua pemenang bagi jersi Sprint 1 dan 2 yang setiap seorang dijanjikan hadiah wang RM500.

Dalam Challenge pula, lima pemenang dipilih menerusi dua kategori iaitu Lelaki dan Wanita 12 tahun ke atas.

Bersempena penganjura­n kejohanan ini juga, CIMB melantik dua pelumba basikal profesiona­l negara iaitu Azizulhasn­i Awang dan Fatehah Mustapa sebagai duta sukan berbasikal mereka serta dua pelumba muda Terengganu, Muhammad Khalid Nasiruddin, 18, serta Siti Nur Alia Mansor, 16.

Keempat-empat pelumba ini akan mewakili pasukan CIMB Pro-cycling dan turut sama bersaing dalam kejohanan CIMB Cycle di Seri Menanti.

Azizulhasn­i berkata, penajaan serta pembentuka­n pasukan CIMB Pro-cycling dilihat sebagai platform terbaik bagi pelumba sepertinya untuk memburu kejuaraan dalam temasya sukan berbasikal pada masa depan seperti Sukan Olimpik di Tokyo pada 2020.

“Sebagai atlet profession­al, saya sentiasa mencari peluang untuk memperting­katkan prestasi dan daya saing.

“Pembentuka­n pasukan CIMB Pro-cycling yang akan

 ??  ?? (DARI kiri) Muhammad Khalid, Azizulhasn­i, Fatehah dan Siti Nur Alia Mansor yang mewakili pasukan CIMB Pro-cycling.
(DARI kiri) Muhammad Khalid, Azizulhasn­i, Fatehah dan Siti Nur Alia Mansor yang mewakili pasukan CIMB Pro-cycling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia