Harian Metro

Itik panggang tarikan terbaru

-

Pemilik Melayu restoran Cina Muslim pastikan ekspatriat dan pelajar China puas hati

sebagainya. Kemudian saya sajikan dulu kepada keluarga sebelah isteri, Norazlina Chong yang berbangsa Cina serta rakan.

“Apa yang membanggak­an saya, mereka memperakui hidangan itik saya menepati cita rasa malah lebih enak daripada restoran yang pernah mereka kunjungi.

“Antara komen balas kami terima, isi dalam lembut dan kulit garing bersama aroma menyelerak­an daripada perapan khas. Sesudah yakin barulah kami tawarkan dalam menu kami,” katanya.

Restoranny­a juga popular dengan hidangan Tanah Besar Selatan seperti menu mi Xian serta snek jalanan sate kambing jumbo, cendawan tiram dan sotong bakar.

Norazlina pula berkata, lokasi premis berhampira­n universiti antarabang­sa, memberi kelebihan pelanggan mengunjung­i restoranny­a bukan saja terdiri daripada penduduk setempat, malah ekspatriat dan pelajar dari China.

“Bagi pengunjung tempatan, kami gembira apabila golongan Melayu khususnya dapat menerima hidangan berkenaan. Malah ada pengunjung yang berasal dari China mengulang kembali ke restoran ini untuk menikmati sajian terkenal mereka seperti mi Xian, membuatkan kami yakin dengan kualiti masakan kami tawarkan.

“Rempah serta menu itu sendiri saya belajar daripada kenalan yang berasal dari negara itu. Bagi rempah yang tiada di sini, dia bantu kami dapatkan bekalan dari China.

“Saya cuba kekalkan keaslian segi rasa tetapi ada sikit penambahba­ikan agar bersesuaia­n dengan deria rasa mahupun ‘tekak’ tempatan,” katanya.

Tarikan lain restoran itu ialah hidangan longan begitu menyegarka­n dinikmati setelah selesai menjamu sajian berat mahupun snek jalanan.

 ?? FOTO ?? ANTARA menu popular disaji.
FOTO ANTARA menu popular disaji.
 ??  ?? SNEK jalanan popular di Tanah Besar.
SNEK jalanan popular di Tanah Besar.
 ??  ?? SAIZ hidangan itik panggang yang besar untuk
seorang.
SAIZ hidangan itik panggang yang besar untuk seorang.
 ??  ?? PENGGEMAR hidangan mi boleh mencuba
mi Xian.
PENGGEMAR hidangan mi boleh mencuba mi Xian.
 ??  ?? PENGASAS Norazlina bersama
Zulkarnain yang menyediaka­n menu
di restoran.
PENGASAS Norazlina bersama Zulkarnain yang menyediaka­n menu di restoran.
 ??  ?? MENARIK Wantan Mee disediakan di restoran
terbabit.
MENARIK Wantan Mee disediakan di restoran terbabit.
 ??  ?? POPULAR minuman air buah bidara.
POPULAR minuman air buah bidara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia