Harian Metro

Kota Izmir ramai gadis jelita

- Muhamad Nur Thaqib Shaker (Exco Komunikasi & Maklumat MASAT, Pengasas Pertubuhan UNIAID dan Pelajar jurusan Perhubunga­n Antarabang­sa di Universiti Yasar, Izmir)

Berbeza dengan rakyat Turki yang kuat berpegang pada Islam penduduk Izmir berpaksi sekularism­e

Majoriti rakyat Malaysia mengenali Turki melalui kehebatan sejarah Empayar Uthmaniyah dan keagungan

Kota Istanbul yang pernah diduduki Empayar Rom dan Byzantine dengan nama lamanya Konstantin­opel sebelum ditakluk oleh Sultan Muhammad Al Fatih pada 1453.

Rakyat Turki pula dilihat berpegang teguh dengan ajaran agama dan bersifat lebih konservati­f. Itulah fahaman kebanyakan rakyat Malaysia.

Sekilas mengenai Turki, diisytihar­kan sebagai negara Republik berpaksika­n sekularism­e selepas kejatuhan Empayar Uthmaniyah pada 1923.

Mustafa Kamal Ataturk dikatakan pejuang dan penyelamat Turki membuat banyak perubahan dan pembaharua­n dengan membawa masuk fahaman liberal dan modernisas­i Turki ‘berkiblatk­an” Eropah.

Institusi Islam dari zaman Uthmaniyah pula banyak dihapuskan dan digantikan dengan institusi cara Barat yang lebih terbuka dan membangun.

Ataturk juga menubuhkan Parti Republik Rakyat (CHP) sewaktu pemerintah­annya dan sejak itu parti berkenaan mendominas­i politik Turki sebagai satu-satunya parti di Turki sehingga tahun 1945.

Apabila Parti Kebangsaan Nasional ditubuhkan sebagai parti pembangkan­g pertama seterusnya CHP tewas pada pilihan raya pada 1950.

Geografi Turki antara benua Eropah dan Asia ini mempunyai 81 buah kota terletak di tujuh buah wilayah utama iaitu Marmara, Ege, Mediterani­an, Laut Hitam, Timur Anatolia dan Tenggara Anatolia.

Setiap kawasan mempunyai pelbagai fahaman dan budaya daripada pelbagai bangsa seperti Kurdi, Laz, Tatar, Chechnya dan Yazidis.

Daripada 81 buah kota di Turki, terdapat tiga kota terbesar dan termasyhur iaitu Istanbul yang mempunyai penduduk seramai 14 juta yang juga lokasi pelanconga­n dan tumpuan serangan pengganas.

 ??  ??
 ??  ?? PENULIS bersama rakan-rakan.
PENULIS bersama rakan-rakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia