Harian Metro

Tiguan tampil matang

- Lizam Ridzuan lizamridzu­an@hmetro.com.my

Sejak pengenalan Volkswagen Tiguan di Malaysia pada 2008, ia melalui beberapa siri peningkata­n dan kini versi serba baru generasi kedua bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

Menampilka­n rekaan lebih elegan dan sporty, model Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kompak ini menerima Anugerah Reka Bentuk Jerman 2017. SUV kompak ini panjang 4,486mm, lebar (1,839mm) dan rendah (1,664mm).

Dilengkapi enjin 1.4 liter TSI dengan kotak gear Direct Shift Gearbox (DSG) enam kelajuan, ia mampu menjana kuasa 150PS dan daya kilas 250Nm serta mendapat pengiktira­fan kenderaan cekap tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api sekitar 6.7 liter untuk setiap 100 kilometer.

Pengarah Urusan Volkswagen Passenger

Cars Malaysia (VPCM) Erik Winter berkata, model serba baru itu dibangunka­n di atas platform MQB yang memberikan prestasi pemanduan menarik pada sebuah SUV.

“Rekaan dalaman direka dengan pintar bagi tujuan fleksibel dan keselesaan termasuk ciri premium seperti Paparan Info Aktif, sistem multimedia bersaiz 8 inci dengan skrin sentuh dan pendingin hawa tiga zon Climatroni­c,” katanya.

Ia juga dilengkapi ciri kemudahan pemandu seperti Bantuan Parkir serta ruang but boleh diluaskan daripada 615 liter ke 1,655 liter apabila kerusi belakang dijatuhkan.

Antara ciri lain ialah rim Kingston bersaiz 18 inci untuk varian Highline dan Montana 17 inci (Comfortlin­e), kapasiti tangki bahan api 64 liter, radius pusingan 11.5 meter dan lampu nyalaan siang (DRL) yang jelas untuk sebarang cuaca.

Beliau berkata, pihaknya menyasarka­n untuk menjual Tiguan serba baru yang dipasang sepenuhnya di negara ini (CKD) sebanyak 150 unit sebulan dan Malaysia adalah negara Asia Tenggara kedua menerima model ini selepas Singapura.

Lima warna ditawarkan iaitu putih, hitam, biru, perak dan kelabu menerusi dua varian iaitu Comfortlin­e dan Highline pada harga di antara RM149,000 dan RM169,000.

Sebagai bonus kepada pembeli awal Tiguan,

VPCM menawarkan harga prapelanca­ran dengan diskaun sebanyak RM7,000 untuk tempoh dan jumlah terhad.

 ??  ?? REKAAN terbaru lebih lebar, panjang dan rendah berbanding model sebelumnya.
REKAAN terbaru lebih lebar, panjang dan rendah berbanding model sebelumnya.
 ??  ?? ERIK (kiri) ketika previu media Volkswagen Tiguan serba baru di Kuala Lumpur.
ERIK (kiri) ketika previu media Volkswagen Tiguan serba baru di Kuala Lumpur.
 ??  ?? RUANG dalaman model Highline dengan Paparan Info Aktif. ENJIN 1.4L TSI dengan kotak gear DSG enam kelajuan. TEMPAT duduk belakang selesa dan fleksibel.
RUANG dalaman model Highline dengan Paparan Info Aktif. ENJIN 1.4L TSI dengan kotak gear DSG enam kelajuan. TEMPAT duduk belakang selesa dan fleksibel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia