Harian Metro

Modenas Mampu

-

Perjalanan lebih 200km ke Bandaraya Melaka uji keupayaan jentera

ini beroperasi tanpa masalah. Dengan kuasa 22.1hp pada 7,000rpm, transmisi automatik CVT ini mampu mencapai kelajuan sehingga 130 kilometer sejam (km/j).

Saiz tayar hadapan 120/8014 manakala roda belakang bersalut tayar 150/70-13 memastikan kawalan lebih jitu manakala padanan brek cakera hadapan 260mm dan 240mm pada roda belakang memastikan daya berhenti yang mencukupi.

Keselesaan ini turut dibantu sistem suspensi teleskopik hadapan dan jenis lengan buai pada roda belakang yang beroperasi cemerlang mengawal keseimbang­an jentera.

Selain reka bentuknya yang ‘sado’, paparan meter LCD menambahka­n lagi gaya ranggi skuter ini. Sebaik tiba di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, penulis menukar jentera lebih kecil iaitu Karisma 125.

Walaupun bersaiz kecil, skuter ini tidak kurang hebatnya apabila mampu ‘mengejar’ abangnya yang ditunggang rakan media lain.

Skuter bersaiz kecil ini berkuasa 125cc enjin silinder tunggal dua injap mampu menghambur­kan kuasa 9.4hp pada 7,500rpm.

Model ini lebih urban apabila dilengkapi port USB untuk mengecas gajet elektronik seperti telefon bimbit manakala padanan kunci pelbagai guna memudahkan penunggang.

Dengan berat kering 113kg, padanan transmisi automatik CVT dengan daya kilas

9Nm pada 5,000rpm tidak mengecewak­an. Saiznya yang kecil memudahkan penulis mencelah antara kenderaan ketika mengharung­i kesesakan jalan raya sejurus tiba di Bandaraya Melaka.

Sementara itu, ketika majlis makan malam yang turut disertai Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Amirudin Abd Kadir, beliau tidak lokek menceritak­an perancanga­n dan hala tuju syarikat motosikal nasional ini.

Paling mencuri perhatian apabila Modenas kini membangunk­an enjin sendiri berkuasa 150cc yang memenuhi standard piawaian Euro 4.

Enjin rekaan anak tempatan selepas ‘berguru’ di Austria itu kini melalui proses ujian jalan raya untuk menguji ketahanan dan kualitinya.

Pada masa sama,

Amirudin turut memaklumka­n pihaknya akan melancarka­n enam model baru tahun ini selain menetapkan sasaran jualan 50,000 unit. Antara model

 ??  ?? PESERTA bersedia untuk memulakan tunggangan.
PESERTA bersedia untuk memulakan tunggangan.
 ??  ?? PELEPASAN media di Pejabat EMOS Gelnmarie.
PELEPASAN media di Pejabat EMOS Gelnmarie.
 ??  ?? TUNGGANGAN yang selesa.
TUNGGANGAN yang selesa.
 ??  ?? MEDIA menunggang jen ke Bandaraya Melaka.
MEDIA menunggang jen ke Bandaraya Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia