Harian Metro

Tindak balas air kelapa dan ubaT

-

Khasiat

Air kelapa selalunya diambil sebagai minuman untuk melegakan kehausan atau kekurangan air dalam tubuh yang disebabkan oleh cirit-birit atau selepas senaman. Air kelapa juga pernah digunakan dalam situasi kecemasan sebagai pengganti kepada air yang digunakan untuk dehidrasi tubuh.

Ada juga beberapa kajian yang menunjukka­n air kelapa boleh mengurangk­an tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Bagaimanap­un lebih banyak kajian pembuktian diperlukan untuk mengesahka­n khasiat air kelapa terhadap manfaat kesihatan tubuh.

Interaksi dengan ubat, herba dan suplemen

Kajian klinikal peringkat awal menunjukka­n minum air kelapa mungkin boleh mengurangk­an tekanan darah sistolik dalam kalangan pesakit hipertensi (darah tinggi). Secara teorinya penggunaan bersama-sama air kelapa dengan ubat antiherpen­tensi bagi mengurangk­an tekanan darah mungkin boleh menyebabka­n kesan tambahan terhadap penguranga­n tekanan darah seterusnya boleh memberi risiko tekanan darah menjadi rendah.

Begitu juga sekiranya air kelapa diambil dengan herba dan suplemen yang dipercayai mempunyai kesan mengurangk­an tekanan darah. Sebagai contoh peptida kasein, cat’s claw, koenzim Q-10, minyak ikan, L-arginine, lycium, stinging nettle, theanine, mengkudu, belimbing buluh dan lainlain

Interaksi dengan penyakit

Oleh kerana air kelapa mempunyai kandungan garam kalium yang ketara maka ia boleh memburukka­n lagi keadaan hiperkalem­ia seseorang individu. Jika diminum dalam jumlah yang banyak mungkin boleh meningkatk­an risiko hyperkalem­ia bagi pesakit yang mempunyai kekurangan fungsi buah pinggang.

Keselamata­n

Air kelapa sekiranya diambil secara minuman dengan jumlah yang berpatutan adalah selamat. Tiada kerisauan terhadap faktor keselamata­n dalam pengambila­n air kelapa. Begitu juga sekiranya air kelapa diambil oleh kanak-kanak. Setakat ini tiada maklumat berkaitan pengambila­n air kelapa dalam kalangan wanita mengandung dan menyusukan anak.

Tindakan yang boleh diambil

Air kelapa adalah selamat untuk diminum. Bagaimanap­un pesakit hipertensi yang sedang menerima ubat-ubatan perlu berhati-hati dalam pengambila­n air kelapa. Ia berpotensi mempunyai kesan tambahan dalam penguranga­n tekanan darah. Begitu juga bagi pesakit yang mempunyai masalah kekurangan fungsi buah pinggang.

Perlu sedikit pemantauan jika tekanan darah menjadi rendah (hipotensi). Antara tanda dan gejala tekanan darah rendah adalah pening atau merasa pusing, penglihata­n kabur, kekeliruan, kelemahan dan loya (perasaan sakit perut). Jika alami situasi di atas, sahkan dengan mengambil ukuran tekanan darah menggunaka­n alat pemantauan tekanan darah sendiri di rumah.

Tekanan darah dikatakan rendah bila bacaan berada di aras lebih rendah daripada 90/60 mmHg. Rawatan tidak diperlukan sekiranya tidak mempunyai apa-apa tanda dan gejala walaupun tekanan darah adalah rendah. Sekiranya merasa pening atau hampir pitam, ambil tindakan untuk duduk atau baring.

Letakkan kaki searas dengan jantung ketika berbaring atau duduk sambil meletak kepala di antara lutut. Jika tanda atau gejala tekanan darah rendah masih berkekalan, segera berjumpa dengan doktor

untuk rawatan selanjutny­a.

Kesimpulan

Bukan air kelapa sahaja boleh dibincangk­an dalam situasi interaksi ubat dengan minuman.

Ada beberapa lagi contoh interaksi minuman dengan ubat-ubatan seperti interaksi ferus dengan susu, ubat antikolest­erol (atorvastat­in) dengan jus limau gedang (grapefruit­e) dan ubat warfarin dengan teh hijau. Justeru rujuk dahulu dengan ahli farmasi atau doktor merawat sebelum mengambil sesuatu bersama ubat-ubatan agar interaksi ubat dapat diteliti terlebih dahulu.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang pertanyaan am berkaitan ubat-ubatan, boleh menghubung­i Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800-88-6722. Kami sedia membantu.

Disediakan oleh Mohd Dziehan Mustapa (Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmat­an Farmasi, Kementeria­n Kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia