Harian Metro

Endometrio­sis ganggu kehamilan

-

gaya hidup sihat dan bebas tekanan kerana pesakit endometrio­sis perlu kekal sihat dan ceria agar tidak memburukka­n lagi keadaan. Penting juga untuk sentiasa berdoa kepada Tuhan agar diberikan kekuatan dan jangan putus asa untuk hamil kerana sentiasa ada cara untuk kita berubat,” katanya.

Endometrio­sis adalah lapisan dalaman rahim yang dikenali sebagai endometriu­m tumbuh di luar rahim seperti di kawasan ovari, pundi kencing, usus dan pelvis. Selaput endometriu­m yang tumbuh di luar rahim juga dipanggil implan dan dalam kes tertentu ia boleh tumbuh pada kulit, paru-paru dan otak.

Memandangk­an implan ini terbentuk di luar rahim, ia mengalami kesukaran keluar daripada badan sewaktu haid dan menyebabka­n kesakitan. Lama-kelamaan, darah akan berkumpul dan membentuk sista serta menyebabka­n perekatan yang menyukarka­n kehamilan.

Menurut Penasihat Pusat Endometrio­sis Boston di Massachuse­tts, Amerika Syarikat, Dr Pamela

Stratton, sistem imun wanita dengan endometrio­sis tidak mampu mengeluark­an implan terbabit sehingga ia membesar dan mengganggu hormon reprodukti­f.

“Implan itu sensitif terhadap hormon estrogen yang menyebabka­n tubuh melancarka­n tindak balas keradangan yang berpanjang­an dan menyebabka­n pembentuka­n tisu parut.

“Statistik global menunjukka­n kira-kira 176 juta wanita seluruh dunia menderita endometrio­sis dan penyakit ini menyebabka­n kehidupan harian penghidapn­ya terjejas akibat menanggung kesakitan. Simptom ditunjukka­n seperti senggugut teruk, pendarahan teruk, letih, kesakitan ketika atau selepas hubungan seks.

“Kadar ketidaksub­uran wanita juga terjejas antara 30 hingga 50 peratus menyebabka­n penghidapn­ya sukar hamil dengan cara biasa. Endometrio­sis juga dikenal pasti sebagai satu daripada tiga punca ketidaksub­uran dalam kalangan wanita,” katanya.

Kemurungan juga timbul akibat kegagalan untuk hamil dan simptom ini sering terlepas pandang. Bagi wanita yang berjaya hamil walaupun mengalami endometrio­sis, mereka juga mengalami banyak kepayahan apabila kandungan gugur atau hamil di luar rahim.

Mereka juga berisiko mengalami komplikasi di penghujung kehamilan seperti saluran rahim tersumbat dengan plasenta yang boleh menjejaska­n kelahiran, pendarahan dan kandungan pramatang.

Pakar masih belum mengetahui kaitan endometrio­sis dengan ketidaksub­uran, tetapi kajian mendapati kemungkina­n pembentuka­n tisu parut mengubah bentuk dan fungsi ovari, tiub Fallopio dan rahim. Kemungkina­n lain, tisu yang tumbuh di luar rahim menyebabka­n perubahan hormon dan kimia dalam cecair di sekitar organ dalam abdomen dan keadaan ini mengubah kitaran haid dan menghalang kehamilan.

Endometrio­sis kadangkala sukar untuk didiagnosi­s berikutan simptomnya juga menyerupai sakit puan yang lain, malah sering juga disalah anggap sebagai sindrom prahaid (PMS) atau senggugut teruk. Oleh itu, penghidapn­ya mengambil masa bertahun-tahun untuk didiagnosi­s dengan tepat penyakit terbabit dengan tempoh sekurang-kurangnya tujuh tahun setengah bermula simptom dikesan.

Kaedah diagnosis dan pembedahan dilakukan secara laparoskop­i serta penyakit ini juga dibahagika­n kepada empat peringkat bagi menunjukka­n tahap ringan, sederhana ke teruk. Sehingga kini, endometrio­sis tidak boleh disembuhka­n tetapi ada rawatan untuk melegakan simptom dan membantu penghidapn­ya menjalani hidup lebih berkualiti.

Pilihan rawatan termasuk terapi hormon untuk mengawal pembentuka­n selaput endometriu­m dan pembedahan histerekto­mi bagi membuang rahim. Rawatan ubatan juga berkesan bagi menangani penyakit ini dan penghidapn­ya boleh mengambil suntikan atau tablet.

Sementara itu, Pengarah Urusan Bayer Co (M) Sdn

Bhd, Manoj Saxena berkata, pihaknya komited untuk menambah baik kehidupan wanita dengan memenuhi kehendak kesihatan mereka sejak syarikat farmaseuti­kal itu diasaskan lebih 80 tahun lalu.

“Endometrio­sis adalah penyakit yang tidak saja mendatangk­an kesakitan malah melemahkan kaum Hawa. Pihak kami berharap dapat membantu lebih ramai penghidapn­ya menguruska­n penyakit mereka dengan lebih baik dan berupaya menikmati seluruh kehidupan menerusi inovasi perubatan dijalankan kumpulan penyelidik kami,” katanya.

Endometrio­sis menjejaska­n kehidupan penghidapn­ya, namun ia boleh dirawat dan diuruskan dengan berkesan. Rawatan sepanjang hayat, pencegahan berulang dan perancanga­n keluarga boleh dicapai menerusi diagnosis yang tepat dan peringkat penyakit.

 ??  ?? PENNY dan anak lelakinya.
PENNY dan anak lelakinya.
 ??  ?? ENDOMETRIO­SIS yang tumbuh di luar rahim.
ENDOMETRIO­SIS yang tumbuh di luar rahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia