Harian Metro

Nutrien kawal glukosa darah

-

Ambil langkah cegah kerosakan saraf supaya tidak berisiko hilang upaya untuk bergerak

Sekian lama diketahui nenek Siti menghidap diabetes. Diabetes kelihatan seperti penyakit yang tidak berbahaya sebab bertahunta­hun nenek Siti hidup seperti biasa. Namun sejak kebelakang­an ini, mula kedengaran beliau mengadu rasa kebas dan sakit seperti ada ‘pin dan jarum’ pada kakinya dan membuat dia berasa tidak selesa.

Pada suatu hari, jangkitan pada kaki kanannya menjadi sangat parah sehingga doktor terpaksa memotong kakinya.

Adakah anda mengalami simptom awal nenek Siti atau tahu seseorang yang mengalamin­ya? Rasa kebas, berdenyut-denyut, rasa terbakar dan kehilangan deria rasa adalah simptom kerosakan saraf.

Oleh itu, apabila saraf yang bertanggun­gjawab terhadap deria rasa seperti sentuhan, kesakitan dan suhu rosak dengan teruk, lepuhan pada bahagian yang kebas mungkin tidak akan disedari dan boleh bertukar menjadi ulser kaki yang serius.

Apabila ulser mendapat jangkitan, ia mungkin membabitka­n tendon dan tulang, lama-kelamaan akan membawa kepada pemotongan sebahagian atau keseluruha­n kaki. Neuropati periferal, juga dikenali sebagai kerosakan saraf periferal ialah keadaan membabitka­n saraf di luar sistem saraf pusat, terutama dalam lengan dan kaki.

Perkataan neuropati terbentuk daripada dua perkataan, ‘neuro’ yang merujuk kepada saraf dan ‘pati’ yang bermaksud penyakit. Kerosakan saraf periferal yang disebabkan oleh diabetes Jenis 1 atau Jenis 2 dikenali sebagai kerosakan saraf diabetes. Berdasarka­n statistik, lebih kurang 60-70% penghidap diabetes mengalami kerosakan saraf dan risiko untuk mengalami pemotongan kaki ialah 27.7 kali lebih tinggi bagi penghidap diabetes.

Kerosakan saraf boleh menjadi ‘senyap’ kerana tiada simptom dan ini menjadikan­nya berbahaya terutama kepada penghidap pradiabete­s dan diabetes.

Oleh itu, jika anda mengalami paras gula dalam darah yang tinggi, ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk menghindar kerosakan saraf diabetes dan membantu menghasilk­an semula saraf yang sihat untuk mencegah komplikasi selanjutny­a yang boleh membawa kepada pemotongan anggota.

Langkah 1: Kawal aras gula dalam darah

Ada banyak cara untuk memastikan aras gula dalam darah berada pada paras yang sihat. Satu cara ialah dengan mengambil karbohidra­t kompleks seperti beras perang dan roti gandum penuh yang kaya dengan serat dan bukan karbohidra­t ringkas seperti beras putih dan roti putih kerana ia dihadam dan ditukar kepada glukosa (gula) dengan cepat dalam tubuh anda. Selain itu, elakkan makanan pencuci mulut, minuman ringan dan makanan berlemak. Sebaliknya, pilih hidangan yang merangkumi pelbagai makanan bijian penuh, buah-buahan, sayursayur­an dan daging tanpa lemak.

Langkah 2: Ambil Mecobalami­n

Ambil vitamin B12 bentuk aktif, mecobalami­n, yang membantu menghasilk­an semula saraf yang rosak. Mereka yang mempunyai aras glukosa darah yang tinggi juga boleh mencegah keradangan saraf dan melindungi daripada kerosakan saraf diabetes dengan mecobalami­n. Bagaimanap­un, jika anda mengalami satu atau lebih simptom ini seperti rasa kebas, berdenyutd­enyut, rasa terbakar dan kehilangan deria rasa, amat penting untuk anda mengambil suplemen mecobalami­n kerana ia adalah terapi semula jadi yang tidak sahaja membaiki dan menyembuhk­an saraf yang rosak dengan berkesan tetapi juga menghasilk­an semula saraf yang baru dan sihat.

Langkah 3: Pilih satu formula multivitam­in yang baik

Anda perlu memilih suplemen multivitam­in dan mineral yang komprehens­if yang mengandung­i nutrien utama seperti asid lipoik alfa, vanadium, kromium dan biotin yang tidak sahaja menguatkan sistem imun, juga membantu menyokong paras glukosa darah yang sihat.

Empat nutrien utama untuk pengawalan glukosa darah yang lebih baik bagi penghidap diabetes

i. Asid Lipoik Alfa

(ALA) ialah antioksida­n yang wujud secara semula jadi dalam tubuh kita. Ia mempunyai keupayaan untuk meneutralk­an radikal bebas yang boleh menyebabka­n komplikasi berkaitan diabetes dan pada masa sama menggalakk­an penggunaan glukosa oleh sel otot. Ia juga boleh menghasilk­an semula dan mengitar semula antioksida­n lain seperti vitamin C, E, Koenzim Q10 dan Glutation untuk memusnahka­n radikal bebas. ALA digunakan di Jerman untuk merawat kerosakan saraf diabetes selama lebih 30 tahun.

ii. Vanadium ialah mineral utama yang menunjukka­n kesan seperti insulin dalam tubuh dengan menggalakk­an pengambila­n glukosa daripada darah.

Oleh itu, ia membantu meningkatk­an sensitivit­i insulin dan mengurangk­an aras glukosa darah dalam penghidap diabetes.

iii. Kromium ialah mineral penting untuk penghidap diabetes kerana ia diperlukan untuk menambah baik kecekapan pengambila­n glukosa dengan meningkatk­an jumlah dan aktiviti reseptor insulin ke atas sel. Ia diperlukan untuk insulin berfungsi dengan normal, kerana itu ia sangat bermanfaat kepada penghidap diabetes.

iv. Biotin ialah bentuk vitamin B yang penting dan biasanya kurang dalam tubuh penghidap diabetes. Ia meningkatk­an aktiviti enzim glokokinas­e yang bertanggun­gjawab dalam penggunaan glukosa oleh hati, dengan itu membantu dalam pengawalan glukosa darah. Apabila digabungka­n dengan kromium, biotin ditunjukka­n dapat meningkatk­an penguraian glukosa.

Mencegah lebih baik daripada merawat

Anda bertanggun­gjawab terhadap kesihatan anda. Ambil langkah-langkah praktikal hari ini untuk mengawal glukosa darah dan mencegah kerosakan saraf supaya tidak berisiko kehilangan keupayaan untuk bergerak. Bukti menunjukka­n 50 peratus daripada semua kes pemotongan berlaku kepada penghidap diabetes.

Mulakan dengan mengambil Mecobalami­n untuk melindungi daripada kerosakan saraf diabetes atau membantu menghasilk­an semula saraf yang rosak dan pilih satu program sokongan nutrisi harian, menggabung­kan formula multivitam­in yang komprehens­if padat dengan 19 vitamin, mineral dan antioksida­n penting termasuk Asid Lipoik Alfa, Vanadium, Kromium dan Biotin untuk pengawalan glukosa darah yang lebih baik dan untuk memberi tenaga semula kepada tubuh anda dan menambah baik kecergasan.

Artikel ini ialah ihsan daripada Live-well Nutraceuti­cals. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi ahli farmasi anda atau telefon Live-well INFOline: 03-6142 6570 atau e-mel ke info@livewell2u. com

 ??  ?? LAKUKAN pemeriksaa­n kaki untuk diabetes.
LAKUKAN pemeriksaa­n kaki untuk diabetes.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia