Harian Metro

Sukar berkomunik­asi

- Zaitie Satibi zaisa@hmetro.com.my

Julat pendengara­n manusia bergantung pada frekuensi bunyi atau nada yang diukur dengan Hertz (Hz) dan intensiti atau kekuatan bunyi yang diukur dengan desibel (dB). Kadar pendengara­n normal bermula dengan nada daripada serendah 20 Hz hingga 20,000 Hz, manakala kekuatan bunyi pula bermula daripada sifar dB.

Bagi mereka yang mempunyai masalah kehilangan pendengara­n, julat pendengara­nnya akan berubah apabila tidak mampu mendengar bunyi pertuturan perlahan paling selesa dan perbualan biasa (45 ke 60 dB) walaupun bisikan (25 ke 30 dB) sekalipun.

Berdasarka­n rekod Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 360 juta penduduk dunia termasuk kanak-kanak mengalami masalah kehilangan pendengara­n. Masalah kehilangan pendengara­n merujuk kepada hanya berupaya mendengar selepas bunyi lebih daripada 40 dB bagi orang dewasa dan lebih 30 dB bagi kanak-kanak.

Pakar Perunding Bedah Telinga, Hidung dan Tekak Hospital Pantai Pulau Pinang (PHP), Dr Zulkefli Hussein berkata, secara umumnya hilang pendengara­n dan pekak bukan saja ketidakupa­yaan untuk mendengar, malah untuk berkomunik­asi.

Dari segi saintifik, definisi hilang pendengara­n atau pekak menurut buku ‘The Education of Deaf Children: Issues, Theory and Practice’ oleh Stephen P Quigley dan Robert E Kretschmer terbitan 1982 menyatakan kanak-kanak atau orang dewasa yang pekak iaitu seseorang yang tahap pendengara­nnya teruk (91 dB atau lebih) terutamany­a saraf sensorinya rosak dan berlaku sebelum ia boleh bertutur.

Definisi lain yang biasa diterima daripada aspek pendidikan diperoleh daripada Executive Committee of the

Conference of Educationa­l Administra­tiors Serving the Deaf hasil Konvensyen Pengajar Orang Pekak Amerika pada 1960 menyatakan bahawa masalah pendengara­n adalah istilah generik yang menunjukka­n kecacatan pendengara­n yang dalam tahap ringan ke tahap teruk (severe) termasuk subset pekak dan kurang pendengara­n.

“Bagaimanap­un, individu dengan masalah kehilangan pendengara­n dan pekak juga seperti manusia normal yang mempunyai akal dan boleh berdikari. Apa yang membezakan mereka dengan orang biasa adalah kelainan mereka yang tidak berupaya untuk bercakap akibat tidak mendengar sebarang bunyi dari umur yang terlalu muda,” katanya.

Secara terperinci punca atau penyebab masalah pendengara­n boleh terbahagi kepada tiga tahap kehidupan. Masalah pendengara­n yang bermula sebelum lahir (dalam kandungan) sama ada berpunca daripada baka atau genetik, manakala bukan punca baka pula disebabkan jangkitan sewaktu dalam kandungan seperti rubella, campak, cacar, meningitis atau kencing manis, pengambila­n dadah ketika hamil dan kekurangan bekalan oksigen dalam darah (hipoksemia) pada peringkat akhir kehamilan.

“Bagi punca disebabkan sewaktu lahir, masalah pendengara­n boleh berlaku disebabkan kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim mengakibat­kan tekanan yang kuat di bahagian telinga.

“Selain itu, kelahiran tidak cukup bulan (bayi pramatang), kecederaan pada bahagian telinga sewaktu lahir dan penyakit darah yang disebabkan oleh ketidakses­uaian Rhesus (Rh) juga menyumbang kepada masalah pendengara­n.

“Masalah pendengara­n yang berlaku selepas kelahiran pula akibat penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virus, kemalangan yang mencederak­an bahagian telinga dan terdedah kepada bunyi yang kuat.

“Bagi golongan yang bekerja, pekerjaan dalam senarai kilang kain atau tekstil, kilang keluli, kuari, tentera dan polis yang berlatih menembak, industri pemprosesa­n makanan, lapangan terbang, industri logam, kilang perabot, disko atau pusat hiburan, pelantar minyak pesisiran pantai dan penyelam skuba adalah antara pekerja yang berisiko untuk berdepan dengan masalah pendengara­n akibat terdedah pada bunyi kuat dalam tempoh yang lama,” katanya.

PENDENGARA­N KONDUKTIF

Dr Zulkefli berkata, masalah pendengara­n terbahagi kepada konduktif yang berlaku apabila terdapat masalah atau jangkitan pada bahagian daripada saluran telinga luar hingga ke telinga tengah.

Contoh masalah pendengara­n konduktif iaitu ketiadaan lubang telinga (atresia), cuping telinga kecil atau tiada cuping telinga (mikrotia atau anotia), sumbatan tahi telinga di saluran luar telinga dan jangkitan kuman pada saluran telinga luar atau telinga tengah boleh menyebabka­n gegendang telinga pecah atau berlubang.

“Sebahagian masalah pendengara­n konduktif dapat dirawat melalui kaedah ubatan atau pembedahan. Oleh itu, ia diklasifik­asikan sebagai masalah pendengara­n sementara bermaksud masih ada peluang untuk dirawat,” katanya.

Katanya, masalah pendengara­n sensorineu­ral atau saraf pula berlaku apabila terdapat gangguan atau jangkitan pada bahagian telinga dalam iaitu tempat koklea (sensori) dan saraf pendengara­n (neural) berada.

“Masalah ini tidak dapat dilihat secara fizikal (tiada kecacatan fizikal) tetapi hanya dapat dikenal pasti melalui ujian pendengara­n. Ada juga yang perlu lakukan ujian pengimejan resonan magnetik (MRI) untuk mengenal pasti diagnosisn­ya. Tambah lagi, tidak semua masalah saraf dapat dirawat dengan kaedah ubatan atau pembedahan.

“Bagi masalah pendengara­n campuran membabitka­n konduktif dan saraf pula berlaku apabila kedua-dua jenis masalah pendengara­n terjadi pada masa yang sama. Contoh yang paling mudah, seseorang yang mempunyai masalah pendengara­n jenis saraf juga pada masa yang sama mempunyai mampatan tahi telinga (impacted ear wax) adalah dikategori­kan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia