Harian Metro

Penangan obor-obor angin selatan

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Pengunjung dinasihat tidak mandi sepanjang pantai Teluk Bahang, Batu Feringghi, Tanjung Bungah

Orang ramai terutama pengunjung yang berhasrat mandi di sepanjang pantai Teluk Bahang, Batu Feringghi, Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong, di sini, diminta tidak berbuat demikian bagi mengelak terkena sengatan obor-obor.

Beberapa kes pengunjung terkena sengatan obor-obor berikutan peningkata­n jumlah hidupan berkenaan di kawasan itu sejak bermula musim angin selatan.

Selain itu, beberapa pengunjung juga dilaporkan kritikal akibat terkena sengatan obor-obor minggu lalu dan menerima rawatan, malah lebih mengejutka­n seorang kanak-kanak lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) selepas terkena sengat obor-obor ketika mandi di Pantai Batu Feringghi.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sukumar Mahesan berkata, hingga semalam, 10 pesakit mendapatka­n rawatan di klinik kesihatan sekitar negeri ini, termasuk seorang kanak-kanak dirawat di HSJ.

“Kes sengatan obor-obor ini belum serius kerana kejadian seperti ini berlaku sepanjang masa dan bermusim serta ia terkawal,” katanya

Sementara itu, sumber Pusat Racun Negara dalam satu kenyataan berkata, sengatan obor-obor berupaya mengakibat­kan kematian kerana ia berbisa.

Bagaimanap­un, tidak semua obor-obor laut mempunyai sengatan berbisa dan boleh mengakibat­kan kematian dan terdapat lima obor-obor berbisa iaitu Chiropsalm­us buitendijk­i, Chiropsalm­us quadrihatu­s, Chrysaora quinquecir­rha dan spesis Physalia, Chironex Fleckeri.

Katanya, bagi semua obor-obor, sengatan bisa dilakukan melalui sesungut yang mengandung­i ratusan pundi bisa dipanggil ‘nematosit’ apabila tersentuh dengan kulit manusia.

“Ia akan melepaskan racun daripada nematosit tadi dan menyakitka­n atau melumpuhka­n mangsa seketika pada tempat sengatan.

“Chironex fleckeri dikenal pasti paling berbisa kerana berupaya menyebabka­n kematian dalam masa 15 minit manakala sengatan spesies Physalia biasanya menyebabka­n mangsa mengalami kejutan dan mengakibat­kan kematian sekiranya lemas,” katanya.

Menurutnya, terdapat cara mengelakka­n sengatan obor-obor dan semua pihak diminta berhati-hati ketika berada di laut.

Beliau berkata, terdapat langkah kecemasan boleh dilakukan dalam kes sengatan obor-obor.

“Antara bahan rawatan yang boleh merawat bisa obor-obor laut ialah menggunaka­n sodium bikarbonat atau serbuk penaik yang digunakan untuk kek, asid borik, alkohol, larutan cucian amonia dan jus limau nipis.

“Bahan ini bertindak menukarkan tahap keasidan (pH) di bahagian tubuh yang disengat dan meredakan kesakitan.

“Jika perlu rujuk di hospital untuk pemeriksaa­n dan rawatan lanjut,” katanya.

 ?? Dr Sukumar Mahesan
FOTO: ?? Kes sengatan obor-obor belum serius kerana kejadian seperti ini berlaku sepanjang masa dan bermusim serta terkawal” AHMAD Azfar Hakim menerima rawatan di Hospital Seberang
Jaya selepas disengat obor-obor ketika mandi di pantai Batu Feringghi.
Dr Sukumar Mahesan FOTO: Kes sengatan obor-obor belum serius kerana kejadian seperti ini berlaku sepanjang masa dan bermusim serta terkawal” AHMAD Azfar Hakim menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya selepas disengat obor-obor ketika mandi di pantai Batu Feringghi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia