Harian Metro

TIGA REKOD DUNIA

- Asrizal Aris asrizal.aris@hmetro.com.my

secara serentak (606 tukang jahit) dan hiasan bunga fabrik terbanyak di dunia dalam jahitan 99 nama Allah (Asmaul Husna).

Fully berkata sejak kecil dia sering ditertawak­an kerana ramai menganggap kemahiran menjahit tidak mempunyai masa depan yang cerah namun dia berjaya membuktika­n persepsi itu salah.

“Menerima pengiktira­fan dunia bukanlah untuk kami, tetapi untuk seluruh negara kerana kejayaan ini hasil usaha peserta berbilang agama, bangsa, peringkat umur dan latar belakang yang mengutamak­an perpaduan sebagai tunjang kejayaan.

“Rakyat negara ini yang tidak terbabit dengan menjahit juga adalah separuh daripada kejayaan kami kerana mereka menghargai dan membeli produk kami sebagai tanda sokongan,”katanya yang juga pengarah Sewing World Gallery.

Menurutnya, tiga karya rekod dunia yang dicapai itu ditempatka­n di Sewing World Gallery, Sky Park One City, Subang Jaya yang merupakan galeri seni jahitan kreatif pertama di Asia.

Menurut Fully, Sewing World Gallery bukan sahaja sebagai tempat untuk kunjungan orang ramai untuk melihat seni kreatif dunia jahitan serta membeli produk buatan tangan, malah ia sebagai bengkel jahitan buat mereka yang berminat menjana pendapatan.

“Sejak 2015 kami kurang mendapat tempat untuk mengetenga­hkan seni jahitan kreatif sebagai sumber pendapatan bagi mereka yang tidak berkemampu­an terutamany­a ibu tunggal, orang kurang upaya dan pendapatan rendah.

“Namun bertempat di Sewing World

Gallery, kami mengalualu­kan golongan tidak bernasib baik ini untuk menggunaka­n kemahiran mereka bagi menjana pendapatan mengikut syarat ditetapkan.

“Kami turut memperkena­lkan Tabung ‘Searching for the Star’ untuk mengumpul dana daripada agensi bagi membantu proses latihan kemahiran dan keusahawan­an,”katanya yang melancarka­n tabung itu, semalam.

Menurutnya, pameran tiga karya jahitan kreatif rekod dunia serta bengkel latihan akan diadakan setiap bulan sepanjang 2017 dan program turut menyediaka­n tabung untuk disalurkan kepada peserta yang mengikuti kursus jahitan kreatif.

“Peserta yang terdiri daripada golongan tidak berkemampu­an dan ibu tunggal akan menjual hasil seni jahitan mereka sepanjang pameran ini dan hasil jualan itu adalah pendapatan kepada mereka.

“Kami sangat berharap masyarakat setempat akan memberi sokongan kepada seni jahitan kreatif

 ??  ?? BEG terbesar di dunia yang berjaya memecah rekod dunia diiktiraf oleh Guinness World Records.
BEG terbesar di dunia yang berjaya memecah rekod dunia diiktiraf oleh Guinness World Records.
 ??  ?? PENGUNJUNG melawat pameran di Sky Park One City
teruja dengan hasil seni jahitan kreatif oleh PSJK.
PENGUNJUNG melawat pameran di Sky Park One City teruja dengan hasil seni jahitan kreatif oleh PSJK.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia