Harian Metro

Jasa Saad Abi Waqqas amat besar di China

- Penulis ialah Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan profesor di UPM Bersama Prof Dr Taufiq Yap Yun Hin

Hubungan kepemimpin­an Islam dengan China bertambah lebih baik apabila khalifah ketiga Amirul Mukminin Sayidina Utsman RA menghantar dutanya iaitu Saad bin

Abi Waqqas bertemu Maharaja Gaozong ketika pemerintah­an Dinasti Tang pada tahun 651, kurang 20 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Maharaja Gaozong adalah maharaja ketiga dalam Dinasti Tang yang memerintah dari 649 hingga 683. Mengikut rekod lawatan menghadap Maharaja Gaozung adalah lawatan ketiga Saad ke Guangzhou.

Jasa Saad sangat besar kepada Islam khususnya kepada kedatangan Islam ke China. Namanya diabadikan di sebuah masjid di Guangzhou iaitu Masjid Abi Waqqas.

Masjid terbesar di Wilayah Guangdong ini mempunyai keluasan 25,000 meter persegi. Dewan solat utama dengan dua tingkat boleh memuatkan 3,000 jemaah. Kira-kira 10,000 Muslim menunaikan solat setiap Jumaat. Ia boleh mencapai 30,000 Muslim bagi solat Aidilfitri dan Aidiladha.

Penambahan ruang solat dilakukan pada

2010 sebagai sebahagian daripada projek untuk Sukan Asia. Suasana hari Jumaat sangat meriah di sepanjang jalan menuju masuk ke masjid. Ada jualan makanan dan barangan.

Jemaah Muslim dari dalam dan luar negara berpeluang menikmati juadah menarik termasuk makanan daripada etnik Hui dan Uighur yang berasal dari Wilayah Xinjiang.

Islam sebelum ini lebih dikenali sebagai agama Hui (Hui Jiao). Etnik Hui adalah mereka yang mempunyai paras muka serupa dengan majoriti orang Cina Han.

Pada hari ini Islam adalah nama yang lebih diterima pakai di China. Islam bukan lagi dirujuk sebagai agama orang Hui tetapi juga menjadi anutan seluruh bangsa manusia.

Saad dilahirkan di Makkah. Beliau memeluk Islam ketika usia 17 tahun. Beliau antara lelaki terawal menerima Islam selain Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq dan Zaid bin Haritsah. Selain membawa Islam ke China, beliau juga mengetuai pasukan menawan Parsi pada tahun 636.

Terdapat sebuah bangunan dipercayai Makam Saad Abi Waqqas di kawasan Masjid Abi Waqqas. Di luar bangunan makam ini terdapat juga kawasan perkuburan dengan beberapa makam orang Islam yang lain dengan tulisan Arab dan Cina pada batu nisan dan dikenali sebagai Tanah Perkuburan Hui Hui.

Selain itu, ada sebuah telaga dikenali sebagai Shabi Well yang mempunyai sejarah 1,300 tahun. Ia dibina sebagai memperinga­ti Saad. Airnya bersih, jernih dan boleh diminum terus. Ramai pengunjung mengambil peluang untuk mengepam sendiri dengan pam tradisiona­l dan meminumnya.

Kawasan ini menjadi pusat tarikan pengunjung dan menjadi Warisan Budaya Dunia dan pusat bersejarah bagi Laluan Sutera Maritim.

Sebuah pintu gerbang peringatan Guo Feng Yang Zhi yang bermaksud kekaguman atas pemikiran yang mulia untuk memasuki taman makam dan perkuburan Islam dibina pada 1723.

Sarjana Muslim menggunaka­n perkataan ini untuk menyatakan segala apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah SWT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia