Harian Metro

JUTAWAN TIKET PALSU

- lapor Amir Abd Hamid dan Garret Dawum

Taktiknya cukup licik. Dia melantik pelajar Malaysia di luar negara sebagai ejen yang kemudian menjual tiket penerbanga­n murah kepada rakan atau keluarga untuk mendapatka­n komisen. Namun, ejen dan pelanggan hanya menyedari ditipu apabila tiket berkenaan tidak sah untuk penerbanga­n. Itulah taktik kotor seorang wanita yang mengaut RM20 juta hasil jualan tiket palsu,

„ Lebih 2,000 pelajar Malaysia di luar negara, ejen pelanconga­n masuk perangkap wanita jaja tiket kapal terbang murah

Dia mendakwa pembekal tiket murah pelbagai syarikat penerbanga­n tempatan dan antarabang­sa untuk perjalanan global.

Lebih 2,000 mangsa kebanyakan­nya pelajar Malaysia di luar negara serta kira-kira 30 ejen termasuk agensi pelanconga­n terkenal akhirnya terpedaya apabila tiket dikeluarka­n itu tidak sah menyebabka­n kerugian mangsa dianggarka­n RM20 juta.

Wanita berusia 23 tahun itu licik memerangka­p mangsa dalam tempoh hampir setahun lalu dengan menggunaka­n aplikasi dalam talian untuk mengeluark­an tiket palsu.

Untuk mengelak penipuanny­a dikesan, suspek memasang ejen yang direkrut daripada pelajar Malaysia di universiti luar negara termasuk United Kingdom (UK), Ireland, Jordan, Russia, India, Perancis dan Jepun.

Berdasarka­n carian di Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dan CTOS Data System Sdn Bhd (CTOS) mendapati syarikat berkenaan didaftar pada 7 Jun 2016, diasaskan wanita berkenaan yang turut menjawat jawatan pengarah.

Carian Harian Metro di laman web rasmi Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan pula mendapati syarikat itu tidak berdaftar dengan kementeria­n itu.

Pemantauan lanjut turut mendapati alamat laman sesawang digunakan syarikat itu sudah tidak wujud dalam carian di Internet dan tidak dapat diakses.

Malah, wartawan cuba menghubung­i pihak syarikat namun tidak mendapat sebarang tindak balas selain talian pejabat juga gagal dihubungi manakala e-mel turut tidak berbalas.

Berdasarka­n maklum balas diperoleh Harian Metro daripada enam mangsa mendapati wanita berkenaan dalang utama yang melantik ejen dan mendakwa dirinya sebagai pembekal tiket murah untuk penerbanga­n pada harga rendah hingga separuh harga berbanding yang ditawarkan syarikat penerbanga­n.

Ejen atau orang tengah yang tidak menyedari mereka diperalatk­an suspek, aktif mengutip pembayaran daripada pelanggan berpotensi sebelum wang berkenaan dipindahka­n ke akaun syarikat.

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila mahu mendaftar masuk di lapangan terbang selepas nombor tempahan didapati tidak sah untuk penerbanga­n.

Pelanggan tertipu akan menghubung­i ejen untuk urusan tiket, malah ada antara ejen terpaksa menggunaka­n duit sendiri bagi membeli tiket baru.

Ketua Penolong Pengarah Jenayah Siber dan Multimedia Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, beberapa kertas siasatan sudah dibuka berkenaan kes itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Akta 574) kerana kesalahan menipu. Selain itu, kes itu juga disiasat dalam kesalahan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA).

“Penipuan ini membabitka­n kerugian jutaan ringgit dan ejen dilantik dalam kalangan pelajar antaranya di Perancis, Turki, Jordan, Russia dan Jepun,” katanya.

Katanya, pihaknya sedang mengesan wanita berkenaan manakala suaminya yang menuntut di sebuah universiti tempatan turut dicari untuk membantu siasatan.

ESOK: Sukar kesan syarikat penipu

 ??  ?? 2,000 mangsa rugi RM20 juta ditipu pembekal tiket penerbanga­n murah
2,000 mangsa rugi RM20 juta ditipu pembekal tiket penerbanga­n murah
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia