Harian Metro

TIKAM JANDA TUNANG 4 HARI

Remaja temui emak maut di bilik dengan kesan luka di belakang badan

- Wan Asrudi Wan Hasan dan Mohd Hafizee Mohd Arop am@hmetro.com.my

“Saya lihat ibu terbaring kaku dengan kesan luka di belakang badan sebelum mengambil telefon bimbitnya dan menghubung­i nombor telefon terakhir yang dihubungin­ya untuk meminta bantuan kerana dalam keadaan panik.

“Kerusi meja solek dan langsir di dalam bilik berkenaan juga mempunyai kesan terbakar, manakala pintu hadapan serta belakang rumah terkunci dengan baik,” kata Noor Shairah Hussin,17.

Noor Shairah ialah anak kepada Hamidah Abdul Rahman, 53, yang ditemui mati dengan kesan luka di belakang badannya dan dipercayai dibunuh di bilik tidur rumahnya di Taman

Dato Lew Yap Sip, Ampang, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mayat Hamidah yang bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai di Pasar Besar Gunung Rapat, di sini, ditemui anak bongsunya dalam keadaan tertiarap dipercayai dibunuh ketika anaknya ingin mengejutka­nnya bangun.

Difahamkan, mangsa yang juga ibu tunggal dan mempunyai empat anak, baru bertunang dengan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Khamis lalu serta merancang berkahwin Mei ini.

Menceritak­an kembali sebelum kejadian, Nor Shairah berkata, ibunya keluar rumah jam 8 malam dan memaklumka­n ingin berjumpa kawan sebelum pulang ke rumah jam 12.30 tengah malam.

Katanya, dia mendengar ibu pulang, namun tidak keluar kerana mahu tidur sebelum terjaga jam 5.15 pagi lalu mengejutka­n ibunya dan bersiap ke sekolah.

“Jiran memberitah­u terdengar anjing berdekatan menyalak awal pagi tadi (semalam), namun tidak pasti sama ada menyalak ternampak kelibat orang atau sebaliknya. Pintu rumah semua dalam keadaan berkunci.

“Saya tinggal bersama ibu dan seorang lagi abang yang bekerja di kedai serbaneka, manakala dua lagi kakak tinggal di Kuala Lumpur. Mereka sudah dimaklumka­n mengenai kejadian itu,” katanya di lokasi kejadian.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, Shahrizal Hussin, 23, mengakui masih terngiang-ngiang suara mangsa bertanya mahu makan atau tidak sebelum dia keluar bekerja jam 10.30 malam kelmarin.

“Ibu tidak menunjukka­n perubahan sepanjang dua atau tiga hari sebelum kejadian ini. “Malah, ibu sempat berpesan supaya saya kerja rajin-rajin dan berhati-hati ketika dalam perjalanan ke tempat kerja ketika kali terakhir berjumpa dengannya,” katanya sebak.

Adik mangsa, Mad Razali, 48, berkata, dia dimaklumka­n kejadian menimpa kakaknya melalui anak saudara yang tinggal di rumah berkenaan.

Katanya, dia mendapat tahu mangsa yang turut membantuny­a berniaga menjual bawang di Pasar Besar Gunung Rapat, di sini, sudah meninggal dunia.

“Saya tidak mengesyaki arwah mempunyai musuh, malah seorang yang periang dan sangat disenangi pelanggan, jiran dan rakan ketika bekerja,” katanya.

Arwah menetap di rumah berkenaan sejak lebih 20 tahun. Jenazah dijangka dikebumika­n di Rapat Jaya Tambahan selepas urusan bedah siasat selesai dijalankan.

Saya tidak mengesyaki arwah ada

musuh

Mad Razali

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat Hamidah (gambar kecil) yang ditemui maut dengan kesan luka di belakang badan, semalam.
ANGGOTA polis mengangkat mayat Hamidah (gambar kecil) yang ditemui maut dengan kesan luka di belakang badan, semalam.
 ??  ?? SHAHRIZAL dan Noor Shairah sedih dengan kematian ibu mereka, Hamidah.
SHAHRIZAL dan Noor Shairah sedih dengan kematian ibu mereka, Hamidah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia