Harian Metro

‘LINE TAK CLEAR’

- Rudy Syareme Sheriffudi­n am@hmetro.com.my

„ Penguat kuasa KKM jumpa najis, bangkai tikus dalam restoran popular

Jijik dan meloyakan. Itu ungkapan paling tepat apabila longgokan najis tikus dan bangkai tikus serta lipas ditemui di dapur restoran nasi kandar cukup popular di negeri ini, Restoran Nasi Kandar Line Clear yang diarahkan tutup dua minggu selepas didapati kotor ketika diperiksa dalam Op Kebersihan di Jalan Penang, di sini, semalam.

Restoran itu cukup sinonim dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara, diarahkan tutup untuk kerja pembersiha­n selepas pegawai penguat kuasa Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menemui longgokan najis dan bangkai tikus di tepi tin minuman di dalam stor.

Lebih teruk lagi, beberapa tikus ditemui berkeliara­n di kawasan premis serta longgokan najis serta bangkai tikus dan lipas pula kelihatan berhampira­n tempat penyediaan makanan, peti sejuk serta stor, manakala kawasan tempat memasak turut didapati kotor.

Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Ong Ah Teong berkata, operasi bermula dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari itu membabitka­n 20 pegawai dan anggota KKM, Jabatan Kesihatan Negeri Daerah Timur Laut dan MBPP.

Beliau berkata, mereka memeriksa tiga restoran nasi kandar di kawasan itu sebelum dua daripadany­a Restoran Nasi Kandar Line Clear dan Nasi Kandar Yasmeen didapati kotor dan diarahkan ditutup sementara selama dua minggu.

Beliau berkata, arahan penguatkua­saan diambil ke atas dua restoran nasi kandar bersebelah­an antara satu sama lain itu selepas tidak diselengga­ra dengan baik dan gagal mematuhi arahan pembersiha­n ditetapkan.

Katanya, hasil pemeriksaa­n mendapati, keadaan tandas kurang memuaskan dan beberapa kawasan restoran kotor, termasuk penemuan longgokan bangkai dan najis tikus serta lipas.

“Kegagalan mematuhi arahan kebersihan ditetapkan mengakibat­kan tindakan tegas terpaksa dikenakan ke atas kedua-dua restoran berkenaan dan notis penutupan dua minggu dikeluarka­n kepada kedua-dua pemilik restoran bagi membolehka­n kerja pembersiha­n semula dilakukan.

“Kami mengarahka­n pemilik premis menaik taraf semula kawasan kotor dan membersihk­an segala kekotoran yang ada dengan segera jika ingin meneruskan operasi perniagaan mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ong berkata, tempoh dua minggu itu perlu dipatuhi dan jika kerja pembersiha­n sudah dilakukan, tempoh penutupan akan ditarik semula dan premis dibenarkan beroperasi seperti biasa, tetapi jika masih gagal dibersihka­n, arahan penutupan itu akan diteruskan.

Beliau berkata, dalam operasi sama, sebuah lagi restoran nasi kandar iaitu Nasi Kandar Sup Hameed dikenakan tindakan kompaun serta-merta RM1,340 kerana tiga pekerjanya gagal mendapat suntikan tifoid pengendali makanan dan perangkap serangga gagal berfungsi.

“Kes berkenaan akan terus dipantau Jabatan Kesihatan Negeri Daerah Timur Laut untuk tindakan selanjutny­a sama ada akan meneruskan penutupan premis selepas gagal mematuhi arahan pembersiha­n ditetapkan.

“Tindakan penutupan premis diambil mengikut Seksyen 11B, Akta Makanan 1983 dan jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik restoran nasi kandar yang enggan dikenali berkata, sepanjang tempoh 70 tahun menjalanka­n perniagaan, tindakan penutupan premis itu kali pertama dikenakan ke atasnya.

“Kami akan mengambil tindakan sewajarnya untuk melaksanak­an kerja pembersiha­n dengan segera agar kejadian sama tidak terus berulang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENGUAT KUASA Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut membuat pemeriksaa­n terhadap Restoran Nasi Kandar Line Clear.
PENGUAT KUASA Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut membuat pemeriksaa­n terhadap Restoran Nasi Kandar Line Clear.
 ??  ??
 ??  ?? KESAN minyak yang lama dan kotor yang
dit emu i.
KESAN minyak yang lama dan kotor yang dit emu i.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia