Harian Metro

‘Usah malu anak OKU’

Pelakon kongsi pengalaman besarkan anak kembar hidap autisme

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

“Jika ada anak orang kurang upaya (OKU), ibu bapa jangan malu, selalu bawa keluar berjalan di tempat yang selesa bagi mereka.

“Saya suka bawa anak ke kedai buku, barulah mereka tidak seperti ‘katak di bawah tempurung’,” kata pelakon, Zarina Zainuddin menceritak­an pengalaman­nya membesarka­n anak autisme pada program sesi perkongsia­n pengalaman ‘Tiket ke Syurga’ di De Rhu Beach Resort, di sini, kelmarin.

Anak Zarina yang juga pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal kini berusia 21 tahun hanya diketahui menghidap autisme ketika kedua-duanya berusia tiga tahun.

Zarina berkata, dia membawa anak istimewany­a itu sekurang-kurangnya seminggu sekali ke kedai buku kerana mereka suka dan selesa berada di situ.

“Pernah sekali Muhammad Razil mengambil poskad dengan banyak, saya rasa beratus-ratus keping, tetapi saya tidak suruh dia pulangkan, saya bayar juga sebab itu yang dia mahu.

“Kita kena sabar dengan kerenah anak OKU ini, sebab mereka bukan macam orang lain, bawa selalu mereka keluar, cari tempat yang selesa untuk mereka kenal dunia luar.

“Namun, pernah sekali saya takut membawa anak keluar berjalan, sekali mereka dapat keluar, berlari sana, berlari sini. Saya pun jadi takut, namun sehingga kini akan tetap bawa mereka keluar,” katanya yang menjadi tetamu pada program bual bicara itu.

Program dianjurkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kompleks Penyayang, di sini, turut menjemput juara Mimbar Pencetus Ummah

(PU) musim keempat, Ustaz Nor Hamizi Jamaluddin dan vokalis Caliph Buskers, Khairul Azmi Mohd Saat.

Hadir sama, Pengerusi PDK Kompleks Penyayang, Pai Syahira Yahya.

Zarina berkata, anak OKU memerlukan perhatian yang lebih daripada ibu bapa berbanding anak normal kerana mereka boleh mencederak­an diri sendiri.

“Memang adik-beradik lain berasa cemburu sebab saya lebihkan abang mereka namun apakan daya, kedua-duanya perlu perhatian yang lebih, mungkin satu hari nanti anak yang lain akan faham keadaan abang mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina berkata, kedua-dua anaknya dilahirkan tidak cukup bulan iaitu Muhammad Razil ketika dilahirkan hanya seberat 1.6 kilogram (kg) manakala Muhammad Raizal pula hanya 1.4kg.

“Namun, kedua-duanya membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain. Bagaimanap­un, ketika usia setahun saya lihat Muhammad Razil sering mencederak­an dirinya seperti menghantuk kepala ke dinding dan mencakar muka sendiri,” katanya.

„

 ??  ?? ZARINA (dalam bulatan kecil) bersama peserta program sesi perkongsia­n pengalaman Tiket Ke Syurga.
ZARINA (dalam bulatan kecil) bersama peserta program sesi perkongsia­n pengalaman Tiket Ke Syurga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia