Harian Metro

Syarikat ‘hantu’ tawar kereta

-

Shah Alam: Polis Selangor menasihatk­an orang ramai tidak terpedaya dengan syarikat ‘hantu’ yang menjalanka­n kegiatan penipuan secara dalam talian kononnya menawarkan penjualan kenderaan di sebuah laman web terkemuka tempatan.

Difahamkan, mangsa terlebih dahulu diminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai bayaran pendahulua­n pembelian kereta Perodua Kelisa.

Bagaimanap­un, suspek memaklumka­n kereta itu mempunyai pembeli dan mangsa perlu memasukkan lagi baki penuh harga jualan bernilai ribuan ringgit sekiranya mahu membeli kenderaan itu. Namun suspek terus ‘lesap’ dan gagal dihubungi sebaik transaksi dilakukan mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor Asisten Komisioner Mohd Sakri Ariffin berkata, polis setakat ini menerima 13 laporan berhubung penipuan itu termasuk empat daripadany­a di negeri ini.

“Ia membabitka­n penjualan dalam talian kereta model Kelisa yang diiklankan dalam sebuah laman web oleh suspek bernama Lai Dickson.

“Apabila mangsa yang berminat sudah memasukkan wang, suspek menghubung­i mangsa dan memberitah­u bahawa ada pembeli lain yang mahu membayar kereta itu dengan harga penuh. Jika masih berminat meneruskan urusniaga, mangsa perlu segera membayar baki kereta itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut beliau, semakan polis mendapati syarikat penjualan kereta berkenaan tidak wujud.

“Bagi mengelak menjadi mangsa penipuan seumpama itu, orang ramai dinasihatk­an supaya membuat pembayaran melalui ‘Cash On Delivery’ (COD) iaitu penghantar­an dan pembayaran dilakukan secara serentak di mana-mana tempat yang selamat,” katanya.

Dalam pada itu, JSJK negeri turut menerima dua laporan penipuan membabitka­n penjualan telefon pintar yang diiklankan dalam laman web sama, minggu lalu.

Mangsa turut diperdayak­an seorang individu yang menghilang­kan diri selepas transaksi pembelian dilakukan ke dalam akaun bank diberikan suspek.

 ??  ?? MOHD Sakri
MOHD Sakri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia