Harian Metro

Empat ahli Geng Vicky dicekup, 3 diburu

-

Kampar: Kumpulan penjenayah pecah rumah dikenali ‘Geng Vicky’ yang dikaitkan dengan kes pecah rumah membabitka­n kerugian RM400,000 di Mambang Diawan, di sini, pada awal Januari lalu tumpas dengan tertangkap­nya empat suspek termasuk ketua kumpulan itu.

Polis kini memburu tiga lagi ahli kumpulan itu yang masih bebas selepas memecah masuk rumah seorang kontraktor di Mambang Diawan, pada 8 Januari lalu jam 8.45 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa kehilangan pelbagai barangan termasuk barang kemas, wang tunai, geran tanah yang disimpan dalam peti besi selain komputer riba serta dua motosikal milik mangsa dilarikan penjenayah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kampar Superinten­dan Ng Kong Soon berkata, dalam kejadian itu, mangsa wanita berusia 60 tahun membuat laporan polis mengatakan kediamanny­a dipecah masuk ketika dia tiada di rumah.

Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menjalanka­n operasi mengesan suspek dan memberkas empat ahli kumpulan terbabit yang semuanya mempunyai rekod jenayah lampau membabitka­n kes jenayah curi dan dadah.

“Suspek yang ditahan adalah empat lelaki berusia 20 hingga 40 tahun dalam beberapa siri tangkapan bermula 10 Januari lalu serta ketua kumpulan penjenayah itu yang dikenali sebagai Vicky, 26, yang diberkas di Johor pada 26 Februari lalu.

“Polis kini mengesan tiga lagi ahli kumpulan berkenaan berusia 20-an yang masih bebas bagi membantu siasatan sekurang-kurangnya tiga kes pecah rumah dan curi kenderaan sekitar Perak,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Kong Soon berkata, siasatan lanjut mendapati, modus operandi kumpulan penjenayah terbabit adalah mencuri pacuan empat roda Ford Ranger di Teluk Intan, dekat sini, sebelum membuat pemantauan di sekitar Kampar dengan kenderaan curi berkenaan bagi mengenal pasti rumah tanpa penghuni untuk dipecah masuk.

“Dalam kejadian membabitka­n rumah kontraktor berkenaan, tujuh suspek itu mengumpil pintu rumah mangsa sebelum melarikan peti besi yang dianggar seberat 200 kilogram dan mengangkat­nya ke dalam Ford Ranger bersama dua motosikal mangsa,” katanya.

 ??  ?? NG (kiri) menunjukka­n barang kemas yang ditemui semula susulan tangkapan empat suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar.
NG (kiri) menunjukka­n barang kemas yang ditemui semula susulan tangkapan empat suspek pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia