Harian Metro

Kutip duit kopi di pusat urut

- Mohd Fadly Samsudin dan Mohd Hasbi Sidek am@hmetro.com.my

Dua pegawai polis, lima anggota polis, empat anggota bomba serta seorang pegawai Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi khas, semalam.

Semua ditahan dalam operasi serentak dijalankan di sekitar daerah Kajang, Sungai Buloh dan Kampung Pandan pada jam 9 pagi.

Menurut sumber, dua pegawai polis berpangkat Inspektor ditahan di balai polis berasingan di Selangor.

“Hasil risikan dijalankan SPRM selama hampir tiga bulan mendapati mereka menerima wang rasuah secara bulanan daripada pengusaha premis urut beroperasi secara haram.

“Mereka didapati mengutip wang rasuah bagi melindungi pusat urutan itu yang melakukan kesalahan termasuk tidak memiliki lesen, menggaji pendatang tanpa izin serta melanggar aspek keselamata­n kebakaran,” katanya.

Sumber berkata, pegawai dan anggota penguat kuasa terbabit bukan hanya mengutip wang rasuah, malah menggalakk­an perkembang­an aktiviti tidak bermoral dalam pusat urutan haram.

“Siasatan mendapati terdapat antara pusat urut haram terbabit menyediaka­n perkhidmat­an pelacuran secara terbuka.

“Pengusaha juga tidak takut menjalanka­n aktiviti kerana mereka mendapat perlindung­an daripada pelbagai agensi berkenaan,” katanya.

Katanya, semua yang ditahan dipercayai menerima wang rasuah RM300 hingga RM10,000 bagi setiap kedai urut yang dilindungi.

„ 11 anggota pihak berkuasa ditahan lindung operasi tidak bermoral

“SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM25,000 daripada seorang pegawai polis di rumah dan pejabatnya,” katanya. Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani mengesahka­n tangkapan berkenaan.

“Semua mereka berusia 26 hingga 53 tahun dan dibawa ke Mahkamah Shah Alam hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM dan Seksyen 16 (a) (B) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi,” katanya. Johor Bahru: Tempoh tahanan reman seorang pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini bersama seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes penipuan urusan permohonan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dilanjutka­n dua hari lagi.

Perintah reman itu dikeluarka­n oleh Pendaftar Mahkamah Rendah Johor Bahru, Faridatul Farrah Mohd Shukri bermula semalam hingga hari ini.

Lanjutan reman itu dibenarkan bagi membolehka­n Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU) menjalanka­n siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Kedua-dua suspek yang berusia 43 dan 41 tahun itu ditahan polis jam 5 petang, 7 Mac lalu di perkaranga­n IPD Iskandar Puteri selepas dipanggil memberi keterangan berhubung kes berkenaan.

Difahamkan, mereka disyaki terbabit dalam kes penipuan dengan menawarkan RMMJ membabitka­n empat mangsa dengan kerugian RM120,000 sejak tahun lalu bagi siasatan kes IPD Iskandar Puteri. Suspek kemudian turut disiasat IPD JBU untuk kes sama membabitka­n laporan polis lain.

 ??  ?? SIMI
SIMI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia