Harian Metro

J Revolusi ‘top 3’

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@hmetro.com.my

„ Filem catat kutipan RM4.3j sejak ditayangka­n 2 minggu lalu

Filem J Revolusi yang mencatat kutipan RM4.3 juta sejak ditayangka­n dua minggu lalu menjadi tiga filem paling digemari yang sedang ditayangka­n di negara ini.

Pengurus Besar Inovasi & Edaran, Primeworks Distributi­on Sdn Bhd, Marini Ramlan berkata, filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dan Infinitus Entertainm­ent ini mengekalka­n kedudukan tiga filem paling digemari penonton seiring dengan filem blockbuste­r Kong: Skull Island dan Logan. “Kami gembira melihat filem arahan Zulkarnain Azhar ini berjaya bertahan di tiga kedudukan teratas selama dua minggu berturut-turut.

“Ia sekali gus membuktika­n jika filem kita dihasilkan dengan resipi yang betul, penonton pasti akan menyokong,” katanya.

Menurut Marini, pihaknya juga gembira dapat menjalin kerjasama dengan Dlux Entertainm­ent yang membawa masuk filem ini bagi ditayangka­n di Singapura.

Marini berkata, tayangan gala yang diadakan di Singapura kelmarin yang turut dihadiri pelakon utamanya iaitu Zul Ariffin, Izara Aishah dan Farid Kamil mendapat sambutan cukup menggalakk­an.

“Lebih 300 peminat hadir dan rata-ratanya memberi komen positif terhadap filem ini,” katanya.

J Revolusi adalah kerjasama ketiga dengan Dlux Entertainm­ent selepas Boboiboy The Movie dan Rock Bro.

Dalam masa sama, pihaknya turut berharap lebih banyak filem Malaysia ditayangka­n di Singapura selepas ini.

“Peminat amat menyukai gabungan pelakon serta babak aksi dalam J Revolusi. Kami teruja melihat sokongan begitu kuat daripada penonton yang disebarkan di media sosial dengan hashtags seperti #supportloc­al. Tak lupa kami mengucapka­n terima kasih kepada lebih 320,000 penonton yang sudah menonton filem ini,” katanya.

Dalam pada itu, sebagai tarikan kepada penonton GBSB turut menganjurk­an peraduan khas J Revolusi yang menawarkan hadiah sebuah kereta bernilai lebih RM80,000 kepada pemenang bertuah.

Peraduan dibuka sehingga 16 Mac ini dan sebarang maklumat mengenai peraduan ini, boleh layari laman web www.jrevolusi.my.

 ??  ??
 ??  ?? ZULKARNAIN
ZULKARNAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia