Harian Metro

Mangsa bekas pakar geologi

-

Puchong: Lelaki warga emas yang maut disambar petir bersama isterinya petang kelmarin, disahkan sebagai pakar geologi.

Difahamkan dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa lelaki dikenali sebagai Yee Boon Koo, 59, dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, sedang beriadah di sebuah taman permainan di Jalan Kenari 10, Bandar Puchong Jaya, di sini.

Saksi berkata, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

“Terdahulu, mereka dilihat sedang berjalan bersama sebelum hujan. Mereka tidak membawa payung dan mula beredar pulang ke rumah.

“Tiba-tiba terdengar bunyi petir dan orang awam yang berada di lokasi menemui pasangan itu dalam keadaan meniarap dan terdapat kesan darah pada kepala suaminya,” katanya.

Menurutnya, pasangan berkenaan selalu beriadah di taman berkenaan.

“Tidak sangka pasangan itu ‘sehidup semati’ bersama. Kejadian itu benar-benar mengejutka­n,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Serdang Superinten­den Lee Wai Leong berkata, polis menerima maklumat dari seorang lelaki yang melihat dua individu disyaki disambar kilat.

“Mangsa wanita ditemui dalam keadaan tertiarap manakala mangsa lelaki mengalami pendarahan pada bahagian kepala.

“Pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang tiba tidak lama kemudian mengesahka­n kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian dan dibawa ke PPUM untuk tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan di lokasi mendapati terdapat kesan panahan kilat berhampira­n lokasi mayat ditemui dan sehingga kini kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

 ??  ?? LAPORAN Harian Metro, semalam.
LAPORAN Harian Metro, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia