Harian Metro

Merangkak ke garisan penamat

- Malik Muhamad am@hmetro.com.my

Bukan sekali jatuh tetapi tiga kali sebelum terpaksa merangkak melepasi garisan penamat. Begitu semangat luar biasa ditunjukka­n Muhammad Faizal Hafis Adnan, 12, atlet Terengganu dalam Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2017 di Taman Botani Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.

Kegigihan murid

tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang itu membantu kontinjen Terengganu juara kategori berpasukan bawah 12 tahun dan ketiga keseluruha­n kejohanan.

“Dalam 200 meter terakhir sebelum tiba di garisan penamat, saya terjatuh kerana kekejangan otot, tetapi saya kembali bangkit untuk menghabisk­an larian, tetapi kira-kira 100 meter terakhir sekali lagi saya jatuh.

“Bagaimanap­un, saya mengerah segala kudrat yang

„ Kegigihan Muhammad Faizal tamatkan larian Merentas

Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia tular di media sosial

ada untuk menghabisk­an larian dengan bangun semula untuk terus bersaing dengan pelari lain, tetapi lebih kurang enam meter sebelum garisan penamat, sekali lagi saya rebah dan hampir tidak berupaya untuk bangun semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Tukang Perahu, Seberang Marang, di sini, semalam.

Kesungguha­nnya itu menyebabka­nnya mengalami kecederaan ringan di lutut akibat merangkak untuk menamatkan perlumbaan itu.

Semangat luar biasa ditunjukka­n Muhammad Faizal Hafis mendapat perhatian media sosial sejak kelmarin selepas rakaman videonya ketika perlumbaan itu tular.

Rakaman video murid berkenaan ketika perlumbaan berdurasi satu minit sembilan saat itu memaparkan kesungguha­nnya yang pada mulanya cuba dibantu selepas rebah beberapa meter dari garisan penamat.

Bagaimanap­un, dalam kepayahan murid berkenaan kemudian merangkak hingga ke garisan penamat sebelum diangkat oleh dua petugas untuk diberi bantuan.

Menurut peminat pelari jarak jauh Britain Mo Farah itu, dia cuba bangun semula selepas rebah kali ketiga, tetapi kakinya berasa terlalu berat dan tidak berupaya mengangkat­nya.

“Ada pegawai pertanding­an cuba membantu mengangkat, tetapi saya tidak mahu kerana ingin menghabisk­an larian walaupun sedar tidak berupaya lagi untuk berlari.

“Kerana garisan penamat sudah dekat dan tidak mahu mensia-siakan peluang menyertai perlumbaan, tambahan pula sudah berlatih sekian lama menyebabka­n saya merangkak untuk menamatkan perlumbaan dan akhirnya berjaya melepasiny­a,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? MUHAMMAD Faizal menunjukka­n pingat dan sijil. Gambar kecil, Muhammad Faizal menunjukka­n luka kepada ibunya, Zaleha.
MUHAMMAD Faizal menunjukka­n pingat dan sijil. Gambar kecil, Muhammad Faizal menunjukka­n luka kepada ibunya, Zaleha.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia