Harian Metro

Tangguh perjalanan

-

Kuala Lumpur: “Kami sekeluarga tidak sabar untuk bertemu abah, Khamis ini, tetapi Allah lebih berkuasa apabila abah sekali lagi diserang asma teruk, kelmarin.

“Abah dimasukkan semula di wad Unit Rawatan Rapi dan bergantung kepada mesin pernafasan. Usaha membawa pulang abah ke Malaysia terpaksa ditangguhk­an kerana kesihatan abah tidak sesuai untuk perjalanan jauh,” kata Noor Haryati Abu, 32, anak ketiga pesara tentera Abu Hashim, 65, yang kini terlantar di Hospital King Faisal, Makkah sejak sebulan lalu.

Sebelum ini, Harian Metro menyiarkan kisah Abu mengumpul dana membawanya pulang yang mana misi bantuan itu diusahakan wanita rakyat Malaysia yang menetap di Makkah, Amera Sabrena Ahmad Sobri.

Misi bantuan #PrayForPak­CikAbu ditamatkan, Sabtu lalu apabila mengumpul RM30,000 untuk membawa empat penumpang termasuk jururawat ke Malaysia.

Noor Haryati berkata, bapanya dijadualka­n pulang ke Malaysia bersama abangnya, Azlan, 33, yang menggantik­an dia menjaga bapanya di hospital.

“Saya dan keluarga terkejut dimaklumka­n abang yang abah diserang asma teruk,” katanya.

Rantau Panjang: Usianya sudah menjengah separuh abad, namun seorang warga emas masih aktif mengurut secara tradisiona­l dan khidmatnya ditagih orang ramai.

Zawiah Che Dollah, 62, dikenali kerana urutan melegakan dan kemahirann­ya sebagai bidan kampung turut menjadikan dia popular sejak 44 tahun lalu.

Pelanggann­ya pula bukan saja di Kelantan bahkan Johor, Perak, Kedah dan Selangor.

Ibu kepada tujuh anak dan 24 cucu itu berkata, kemahiran mengurut diasah sejak berusia 18 tahun bermula dengan mengurut ahli keluarga yang sakit urat atau sendi.

“Setiap kali saya mengurut, mereka memuji cara urutan saya dan lega selepas diurut, sedangkan saya tidak belajar dengan mana-mana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia