Harian Metro

Salah hantar mesej perangkap mangsa

-

Kuala Lumpur: “Alamak! Salah hantar mesej,” itu antara taktik permulaan pelaku gangguan seksual bagi memerangka­p kanak-kanak menggunaka­n media sosial.

Perkara itu didedahkan Pakar Kriminolog­i Forensik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Mohamad Rahim Kamaluddin ketika membentang­kan ceramah berkaitan modus operandi penjenayah seksual kanak-kanak, semalam.

“Pelaku jenayah berpura-pura salah menghantar mesej lucah sama ada gambar sendiri atau orang lain.

“Selain itu, antara tanda awal pelaku pedofilia adalah mereka sengaja membuka pintu kamar mandi atau tidur dalam keadaan berbogel supaya perbuatan mereka itu dilihat kanak-kanak.

“Perlakuan ini adalah taktik untuk menimbulka­n keinginan seks kepada kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Menurutnya, persediaan awal adalah langkah pertama mereka menjadikan kanak-kanak mangsa seksual sebelum melakukan serangan kepada kanak-kanak yang sudah disasarkan.

“Selepas sengaja mendedahka­n tanda lucah berkenaan kepada mangsa, mereka mula ‘memasukkan jarum’ dengan cuba menjelaska­n dan mengajar pula perbuatan tidak senonoh kepada mangsa.

“Apabila mangsa sudah terperangk­ap mereka ditawarkan dengan pelbagai ganjaran dan ugutan bagi merahsiaka­n kelakuan terkutuk itu.

“Antara ganjaran ditawarkan ialah wang perbelanja­an, belanja di tempat mewah serta pembelian gajet serta barangan kesukaan kanak-kanak itu,” katanya.

Katanya, pelaku jenayah ini sukar dikesan kerana mereka berperwata­kan baik, bijak berkomunik­asi dengan menggunaka­n kata manis apabila berbual serta menunjukka­n sikap mengambil berat.

“Mereka menjadikan media sosial sebagai platform mengesan maklumat dan ‘katalog’ memilih mangsa,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia