Harian Metro

Senarai hitam peniaga langgar syarat

- Nor ‘Asyikin Mat Hayin am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Peniaga bazar Ramadan 2017, di sini, akan disenarai hitam dan tidak boleh membuat permohonan semula berniaga pada tahun berikutnya jika didapati melanggar peraturan kebersihan dan kesihatan ditetapkan.

Pengarah Jabatan Pelesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Sharinaz Samsudin berkata, tindakan tegas dilakukan dengan mengambil pendekatan penguatkua­saan lebih ketat.

“Dua aspek utama perlu dipatuhi peniaga ialah kesihatan iaitu mengemukak­an salinan suntikan demam kepialu, memakai sarung tangan, apron dan menutup makanan.

“Satu lagi mempamerka­n permit lesen dan berniaga pada petak ditetapkan.

“Selain itu, peniaga juga perlu mengalihka­n semua alatan perniagaan setiap hari kerana petak berniaga adalah tempat meletak kenderaan digunakan orang ramai pada siang hari,” katanya ketika ditemui pada Sesi Penjualan Borang Permohonan Permit Bazar Ramadan 2017 MBPJ di Stadium Kelana Jaya, di sini, semalam.

Ramai peniaga sanggup bermalam di Stadium Kelana Jaya, di sini, bagi memastikan tidak terlepas peluang mendapatka­n borang permohonan permit bazar Ramadan 2017.

Mereka datang ke stadium itu jam 8.30 malam, kelmarin sedangkan kaunter jualan itu mula dibuka pada jam 9 pagi, semalam.

Peniaga, Nurfarah Shakilla Rosli, 20, berkata, dia tidak kisah tidak tidur sepanjang malam kerana penantian lebih 12 jam itu berbaloi apabila berjaya membeli borang berkenaan jam 10 pagi.

“Memang mencabar untuk beli borang itu selain perlu menunggu lama, saya juga terpaksa bersesak apabila peniaga semakin ramai ke stadium ini.

“Letih tunggu lama, tetapi disebabkan minat berniaga saya sanggup mengharung­inya kerana peluang itu hanya ada setahun sekali dan tahun lalu melalui perkara sama,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, tahun ini dia berniaga murtabak bersama ibunya di Bazar Ramadan Seksyen 4 Kota Damansara.

“Seronok berniaga di bazar Ramadan bukan saja kerana jualan habis terjual, malah dapat melihat banyak

„ Peniaga bermalam di stadium elak terlepas peluang mohon permit niaga bulan puasa

gelagat peniaga lain dan pelanggan.

“Sudah lebih lima tahun saya berniaga di bazar Ramadan dengan membantu ibu sebelum ini dan ia peluang terbaik untuk mencari pendapatan tambahan,” katanya.

Bagi Norazaisa Zainal Abidin, 34, dia ke stadium berkenaan jam 8.30 malam dan mendapat nombor giliran jam 1 pagi.

“Malam tadi (semalam) saya tidur di rumah ibu mentua terletak berhampira­n stadium bagi memudahkan saya datang awal jam 6 pagi untuk beratur mendapatka­n borang berkenaan.

“Saya sanggup beratur panjang hampir tiga jam, asalkan dapat beli borang itu. Saya tidak akan lepaskan peluang kerana ia hanya setahun sekali,” katanya yang akan berniaga kambing bakar.

Katanya, dia berharap pihak MBPJ dapat menambah jumlah gerai bazar Ramadan pada tahun hadapan supaya lebih ramai suri rumah dapat berniaga pada bulan berkenaan.

 ??  ?? NORAZAISA Zain al gembira dapat membeli borang permit bazar Ramadan . ORANG ramai membanjiri stadium bagi mendapatka­n borang permohonan permit bazar Ramadan 2017.
NORAZAISA Zain al gembira dapat membeli borang permit bazar Ramadan . ORANG ramai membanjiri stadium bagi mendapatka­n borang permohonan permit bazar Ramadan 2017.
 ??  ?? ORANG ramai beratur untuk membeli borang permohonan permit bazar Ramadan 2017.
ORANG ramai beratur untuk membeli borang permohonan permit bazar Ramadan 2017.
 ??  ?? SHARINAZ
SHARINAZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia