Harian Metro

Tolak permohonan MAIS mencelah

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, menolak permohonan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), untuk menjadi pencelah dalam permohonan semakan kehakiman oleh seorang wanita berhubung cakera padat (CD) mengandung­i kalimah Allah.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu selepas bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamarnya, di sini.

Peguam Haniff Khatri Abdulla yang mewakili MAIS ketika ditemui berkata, mahkamah membuat keputusan itu selepas mendapati pihaknya tidak mempunyai kepentinga­n secara terus dengan permohonan Jill Ireland Lawrence Bill itu.

Bagaimanap­un, menurutnya, mahkamah membenarka­n MAIS untuk menjadi amicus curiae (sahabat mahkamah) di dalam kes itu.

“Ia bagi membolehka­n pihak kami mendapatka­n kepastian sama ada pendapat ahli ulama ada dikemukaka­n kepada mahkamah berhubung isu ini.

“MAIS akan membantu mahkamah dalam mendapatka­n pandangan ahli ulama dalam isu penggunaan kalimah Allah,” katanya.

Haniff berkata, mahkamah sudah menetapkan 19 Jun ini untuk mendengar permohonan Jill Ireland yang diwakili peguam Lim Heng Seng dan Annou Xavier.

MAIS memohon menjadi pencelah dalam semakan kehakiman yang difailkan Jill Ireland pada 20 Ogos 2008 bagi mendapatka­n semula lapan CD kepunyaany­a yang dirampas dan menamakan Kementeria­n Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Pada 11 Mei 2008, CD berjudul Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah, Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah dan Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah dirampas daripada Jill Ireland sebaik dia tiba di Terminal Tambang Murah, Sepang.

Pada 21 Julai 2014, Mahkamah Tinggi memerintah­kan CD itu dikembalik­an kepada Jill Ireland, tetapi mahkamah tidak mengeluark­an perintah terhadap pengisytih­aran yang dimohon wanita itu bahawa dia berhak menyimpan, mengguna dan mengimport bahan penerbitan mengandung­i perkataan Allah.

Selepas itu pada 23 Jun 2015, Mahkamah Rayuan mengesahka­n keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintah­kan KDN memulangka­n lapan CD mengandung­i kalimah Allah milik Jill Ireland selepas menolak rayuan KDN dan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah Rayuan juga memerintah­kan permohonan pengisytih­aran itu didengar semula di Mahkamah Tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia