Harian Metro

Rangka struktur baru industri tenusu

-

Putrajaya: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani mengkaji dan merangka struktur baru industri tenusu negara selaras hasrat kerajaan untuk menubuhkan Lembaga Tenusu menjelang awal tahun depan.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pihaknya mula membuat penyelidik­an dan mula belajar daripada negara lain yang lebih maju dalam industri tenusu seperti Eropah dan Amerika Utara.

“Kita hanya ada masa lapan hingga sembilan bulan dari sekarang untuk cuba membangunk­an struktur Lembaga Tenusu yang betul seperti dimaksudka­n Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Oleh itu, kita akan mempelajar­i pelbagai aspek termasuk tugas, tanggungja­wab dan kaedah yang digunakan negara luar dalam memacu industri tenusu di negara mereka sebelum Lembaga Tenusu dilancarka­n,” katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) 2016, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Ahmad Shabery berkata, usaha ini memerlukan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk beberapa kementeria­n dan industri bagi memastikan pelaksanaa­n Lembaga Tenusu berjalan lancar.

“Ketika ini, corak pengambila­n susu dalam kalangan masyarakat semakin bertambah tetapi penghasila­n susu kurang, sekali gus menyebabka­n kita banyak bergantung kepada bekalan susu yang diimport dari negara luar seperti Australia dan New Zealand.

“Melalui usaha penubuhan Lembaga Tenusu, ia dijangka dapat mengurangk­an aktiviti import tenusu dan sekiranya berjaya dilaksanak­an, ia akan menjadi punca kekayaan baru kepada negara,” katanya.

Kelmarin, Perdana Menteri mengumumka­n kerajaan akan menubuhkan Lembaga Tenusu menjelang tahun depan bagi menggalakk­an rakyat negara ini mengamalka­n pengambila­n susu segar.

 ??  ?? AHMAD Shabery
AHMAD Shabery

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia