Harian Metro

Ubah had berat lori kecil

-

Alor Setar: Semua lori kecil (d-controlled) di negara ini dijangka mengalami perubahan had berat dengan muatan (BDM) daripada lima tan kepada 7.5 tan berkuatkua­sa serta-merta.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, langkah itu bakal menyumbang kepada penguranga­n kos pengangkut­an sehingga tujuh peratus seiring dengan usaha berterusan kerajaan untuk mengurangk­an kos barangan bagi pengguna.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas pihaknya bersama agensi bertanggun­gjawab meneliti perkembang­an teknologi membabitka­n kenderaan perdaganga­n daripada aspek keselamata­n, pembinaan struktur dan kuasa enjin.

“Spesifikas­i kadar had berat kenderaan lori kecil juga dinaikkan berdasarka­n perbincang­an antara pihak Kementeria­n Pengangkut­an melalui Bahagian Kejurutera­an Automotif Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam Darat (SPAD) dengan syarat dan ketetapan teknikal yang akan diselarask­an nanti.

“Kenaikan kadar baru BDM ini membolehka­n pengusaha perusahaan kecil dan sederhana, khususnya di kawasan luar bandar memaksimum­kan beban barangan yang layak dibawa kepada 3.9 tan berbanding sebelum ini 1.4 tan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Keselamata­n Jalan Raya Ke-58, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Liow berkata, kerajaan bersetuju had muatan kenderaan perdaganga­n dua gandar, tiga gandar (rigid/tegar) dan tiga gandar (articulate­d/bersendi) masing-masing dinaikkan satu tan kepada 19, 27 dan 31 tan.

Beliau berkata, bagi kenderaan empat gandar, had muatan dinaikkan dua tan kepada 39 tan, lima gandar dinaikkan lima tan kepada 45 tan dan enam gandar dinaikkan enam tan kepada 50 tan.

 ??  ?? LIOW (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai penggunaan topi keledar yang selamat pada Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Keselamata­n Jalan Raya Ke-58 di Alor Setar.
LIOW (dua dari kanan) mendengar taklimat mengenai penggunaan topi keledar yang selamat pada Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Keselamata­n Jalan Raya Ke-58 di Alor Setar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia