Harian Metro

27 lagi hidap H3

- Muhamad Izzat Nasuruden am@hmetro.com.my

„ Jumlah pesakit meningkat kepada 465 kes setakat semalam

Seramai 27 pelajar lagi disahkan dijangkiti Influeza A (H3) atau selesema bermusim di negeri itu sekali gus menjadikan jumlah itu meningkat kepada 465 kes setakat semalam.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, seramai 25 pelajar yang dijangkiti semalam adalah dari Sekolah Izzudin Shah dan ia adalah kali pertama berlaku di situ.

Katanya, satu lagi kes dilaporkan di Sekolah Raja Perempuan Taayah (SERATA) menjadikan jumlah pelajar dijangkiti di sekolah itu seramai 226 orang.

“Manakala, satu lagi peningkata­n kes ini dilaporkan berlaku di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) menjadikan jumlah keseluruha­n pelajar yang terbabit dengan penyakit itu seramai 83 pelajar.

“Daripada jumlah itu, seramai 10 pelajar Sekolah Izzudin Shah, dua pelajar Kolej Vokasional Slim River, satu pelajar di SMART dan satu pelajar SERATA diasingkan di bilik isolasi menjadikan jumlah pelajar yang diasingkan dalam bilik berkenaan di sekolah masing-masing seramai 287 orang,” katanya.

Dr Mah berkata, setakat ini, tiada kemasukan baru ke dalam wad berkenaan penyakit itu dan tiga pelajar dibenarkan keluar dari hospital kelmarin.

Katanya, dua daripada tiga pelajar yang dibenarkan keluar itu adalah di Hospital Slim River dan satu lagi pelajar di KPJ Pulau Pinang.

“Sehingga kini, daripada sampel yang dihantar untuk ujian pengesahan, sebanyak empat sampel positif H3, manakala sembilan sampel positif Influenza B,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mah menasihatk­an orang ramai menutup hidung dan mulut bagi mengelakka­n dijangkiti wabak itu serta mengelakka­n diri daripada berada di tempat tumpuan ramai, termasuk pusat beli-belah, sekolah dan tadika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia