Harian Metro

Proses tuntut mayat bakal selesai

-

Putrajaya: Isu berkaitan tuntutan mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam dijangka dapat diselesaik­an dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, pihaknya berharap waris keluarga yang terbabit dapat hadir bagi melaksanak­an urusan tuntutan mayat berkenaan.

“Kita diberitahu dia (Jong-nam) mempunyai isteri serta anak dan berharap waris yang terbabit dapat memberi maklum balas serta tampil untuk menuntut jasad itu.

“Bagaimanap­un, sekiranya mereka tidak hadir bagi melakukan prosedur berkenaan, kerajaan akan mencari jalan penyelesai­an berhubung perkara ini,” katanya pada sidang media selepas Anugerah Inovasi Penyelidik­an Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia 2016 di sini, semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Farmaseuti­kal Malaysia John Mckendry.

Dalam pada itu, Dr Subramania­m berkata, jalan penyelesai­an yang akan dilaksanak­an itu adalah menerusi perbincang­an antara Kementeria­n Kesihatan, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Wisma Putra serta Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

“Justeru, kerajaan akan berbincang langkah yang sepatutnya diambil (jika mayat tidak dituntut) malah, sehingga kini jasad disahkan masih berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

>>Sekiranya mereka tidak hadir bagi melakukan prosedur berkenaan, kerajaan akan mencari jalan penyelesai­an berhubung perkara ini

Tiada permintaan rasmi diterima oleh kerajaan untuk menuntut jasad Kim Jong-nam setakat ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jika ada permintaan daripada ahli keluarga terdekat untuk menuntut jasad Jong-nam ia perlu melalui Kementeria­n Luar, tetapi perlu pengesahan dilakukan Jabatan Peguam Negara terlebih dulu.

“Beberapa pendekatan akan dilakukan untuk kita mendapatka­n pengesahan daripada siapa yang menuntut

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia