Harian Metro

CPI bukan indikator perbanding­an

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Meskipun kedudukan Malaysia merosot ke tangga 55 dalam kajian Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2016 berbanding tangga ke-54 tahun sebelumnya, negara masih di kedudukan ketiga terbaik daripada 10 negara ASEAN dan satu pertiga terbaik daripada 176 negara terbabit dalam kajian indeks itu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata, penurunan indeks itu tidak boleh dijadikan indikator perbanding­an kerana CPI adalah bagi membantu kerajaan menambah baik pentadbira­n dengan mengambil dapatan kajian berkenaan.

“CPI adalah satu kajian mengenai pandangan keadaan rasuah yang dikumpul daripada ahli perniagaan antarabang­sa di Malaysia.

“Ia tidak boleh dijadikan indikator perbanding­an, banding tahun ini dengan tahun lalu. CPI ialah untuk bantu kerajaan menambah baik pentadbira­n dengan mengambil dapatan kajian itu,” katanya ketika menjawab soalan Lim Guang Eng (DAP-Bagan) mengenai sebab kemerosota­n kedudukan negara dalam CPI di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Menurutnya, antara sebab penurunan ialah metodologi kajian, soalan berbeza antara negara, responden atau kumpulan sasar dan jumlah pembabitan negara yang berbeza setiap tahun.

Hubungan tegang antara Malaysia dan Korea Utara berikutan

pembunuhan

Katanya, kedudukan itu juga terbukti tidak menjejaska­n keadaan ekonomi dan dijadikan penilaian apabila Malaysia terus mendapat perhatian serta kepercayaa­n pelabur luar.

“Lawatan Raja Salman (Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud) berjaya membawa pelaburan sebanyak RM40 bilion, baru-baru ini.

“Kalau negara ini teruk, maka sudah tentu orang tidak datang melabur. Keyakinan itu tetap ada walaupun skor kita kadang-kadang naik, kadang-kadang turun,” katanya.

Begitupun, katanya, kerajaan tetap mengambil berat terhadap kajian itu dan sentiasa meneruskan usaha menambah baik struktur tadbir urus negara serta memperbaik­i kedudukan dalam CPI.

 ??  ??
 ??  ?? RAZALI
RAZALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia