Harian Metro

Talian hayat isteri

- Muhammad Shalaby Shahbuddin am@hmetro.com.my

„ Wanita sakit buah pinggang perlu 3 tabung oksigen sehari

Seorang wanita berusia 56 tahun terpaksa bergantung sekurang-kurangnya tiga tabung oksigen dalam sehari bagi memastikan­nya mudah bernafas, sekali gus memanjangk­an jangka hayat menjalani kehidupan seharian sejak awal Januari lalu.

Wanita berkenaan, Fouziah Kasim menghidap sakit buah pinggang sejak 2008 mengakibat­kan tulang di bahagian tengkuknya mengalami masalah, sekali gus sering berasa sakit setiap kali cuba memusingka­n lehernya.

Suaminya, Jaafar Darus, 59, berkata, isteri sudah menjalani dua kali pembedahan di bahagian belakang tengkuk hingga ke bahu membabitka­n proses memasukkan besi pada September 2015 sebelum terpaksa mengeluark­annya semula pada Jun 2016 akibat berasa sakit dan tidak selesa.

“Pembedahan kali kedua mengeluark­an besi dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh dan mula menunjukka­n kesan apabila pergerakan Fouziah mulai terbatas berikutan kaki dan tangannya berada dalam keadaan lemah serta tidak berdaya.

“Pembedahan kali ketiga pada Oktober 2016 untuk memasang besi semula di tengkuknya dilakukan di HRPB, namun kesan sakit itu menyebabka­n Fouziah sering keluar dan masuk Hospital Seberang Jaya (HSJ) sejak dua bulan lalu akibat sering mengalami sesak nafas,” katanya yang tinggal di Taman Ara Indah, Permatang Pauh, di sini.

Individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang sudi menghulurk­an sumbangan boleh berbuat demikian ke akaun CIMB bernombor (0733001111­7526) di atas nama Jaafar Darus atau menghubung­inya di talian 012-5702667.

Jaafar berkata, sejak Januari lalu, setiap hari dia perlu memastikan sekurang-kurangnya enam tabung oksigen disediakan di rumahnya yang membabitka­n harga RM12.98 setiap satu.

Dia berkata, sebuah tabung oksigen habis digunakan isterinya itu hanya dalam tempoh lapan jam, sekali gus terpaksa mengeluark­an kos perbelanja­an tinggi setiap hari.

“Saya perlu menempah awal tabung oksigen itu dari sebuah pembekal di Mak Mandin, Butterwort­h bagi mengelakka­n sebarang kesulitan mendapatka­nnya dan ada ketikanya perlu mengambil sendiri bekalan tabung oksigen itu menggunaka­n kereta.

“Bukan setakat kain lampin pakai buang, saya juga perlu memperuntu­kkan RM120 sebulan bagi membeli susu khas bagi menguatkan tulangnya,” katanya.

Dia bersyukur menerima bantuan bulanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) RM350, manakala Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM300 bagi menampung perbelanja­an keperluan isteri selain dua anak berusia 26 dan 30 tahun turut meringanka­n bebanannya.

 ??  ?? JAAFAR menyusun beberapa tabung oksigen diperlukan isterinya, Fouziah (gambar kecil) di Taman Ara Indah, Permatang Pauh, Bukit Mertajam.
JAAFAR menyusun beberapa tabung oksigen diperlukan isterinya, Fouziah (gambar kecil) di Taman Ara Indah, Permatang Pauh, Bukit Mertajam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia