Harian Metro

Komunikasi guna bahasa isyarat

-

Bukit Mertajam: “Sebelum ini, isteri banyak membantu saya menyiapkan tempahan pelanggan di bengkel besi kami, namun kini tidak lagi apabila dia hanya terlantar saja di katil,” kata Muhammad Ezir Abd Majid, 36.

Dia mengenangk­an nasib isteri Sajaratul Shuhada Saidin, 31, yang kini lumpuh selepas terbabit dalam kemalangan, dua tahun lalu.

Muhammad Ezir berkata, isteri dirempuh sebuah kenderaan dari belakang ketika menunggang motosikal dan kesan kemalangan terbabit mengakibat­kan pendarahan dalam kepala.

Beliau berkata, pembedahan membuang darah beku terpaksa dilakukan ke atas isteri selain membuang tempurung kepala sebelah kanan dan kiri serta saluran pernafasan­nya turut ditebuk bagi memudahkan­nya bernafas.

“Isteri kini tidak lagi membantu saya bekerja di bengkel menyiapkan tempahan besi di belakang rumah disebabkan keadaannya yang tidak berdaya selain mengalami masalah pertuturan hingga perlu berkomunik­asi menggunaka­n bahasa isyarat saja.

“Malah, saya kini menguruska­n keperluan dirinya termasuk menukarkan lampin pakai buang serta memandikan­nya dan bergantung pada susu khas untuk memberikan tenaga yang disalurkan menggunaka­n tiub ke dalam perutnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kebun Sireh, di sini.

Muhammad Ezir berkata, berikutan itu, banyak tempahan pelanggan tertunggak dan dia mengambil masa lama untuk menyiapkan­nya, sekali gus menjejaska­n pendapatan bagi menyara lima anak berusia antara tiga hingga 12 tahun yang masih kecil dan sudah bersekolah.

Muhammad Ezir berkata, bantuan bulanan Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), masing-masing RM500 dan RM300 digunakan sebaik-baik untuk keperluan isteri terutama untuk membeli susu khas yang membabitka­n kos tinggi.

 ??  ?? MUHAMMAD Ezir melakukan rawatan fisioterap­i untuk isterinya, Sajaratul Shuhada di Kebun Sireh, Bukit Mertajam.
MUHAMMAD Ezir melakukan rawatan fisioterap­i untuk isterinya, Sajaratul Shuhada di Kebun Sireh, Bukit Mertajam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia