Harian Metro

RM50 sekaki persegi

„ Muslim Care kumpul dana RM200,000 bina masjid di Chad

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin anbia@hmetro.com.my

Mengejar pahala di bumi tandus Afrika melalui sumbangan serendah RM50 bagi sekaki persegi tapak masjid yang bakal dibina di negara miskin Chad, Afrika.

Itu antara usaha terbaru dilakukan pertubuhan Muslim Care Malaysia yang merancang mengumpul dana sebanyak RM200,000 bagi merealisas­ikan hasrat membina masjid di negara yang kini turut berdepan krisis kemanusiaa­n.

Setiausaha Agung Muslim Care Malaysia Zakaria Latif berkata, sumbangan wakaf bagi pembinaan masjid dibuka dengan nilai RM50 sekaki persegi bertujuan menampung kerja peringkat awal pembinaan struktur masjid di N’djamena, Chad.

Menurutnya, Misi Kemanusian Chad 2017 itu dilakukan dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) antara 16 Mac hingga 21 Mac ini.

Beliau berkata, bantuan disalurkan berikutan 55 peratus rakyat Chad membabitka­n komuniti Islam hidup di negara ke empat termiskin di dunia serta negara ketiga paling tinggi tahap kelaparan.

“Muslim Care Malaysia mendapat informasi berhubung kedaifan saudara seislam di Chad melalui penuntut UTM yang melakukan kajian selama setahun dibantu bekas penuntut UTM warganegar­a Chad yang kini bertugas di negara asal.

“Biarpun pernah terbabit dalam melaksanak­an ibadah korban di Sudan ini adalah misi kebajikan pertama dilakukan di Afrika,” katanya.

“Antaranya membangunk­an sebuah masjid di negara itu bertujuan menjadikan­nya tapak untuk pembanguna­n syiar Islam. Masjid itu akan dijadikan pusat kesinambun­gan untuk misi dakwah dan kebajikan Muslim Care Malaysia di benua Afrika itu.

Menurutnya, kepakaran pihak UTM akan digunakan bagi membina telaga tiub untuk bekalan air bersih bagi kegunaan penduduk negara itu selain agihan makanan.

“Muslim Care Malaysia meletakkan sasaran dana bantuan sebanyak RM300,000 bagi misi pertama Ke Chad.

“Orang ramai yang berhasrat untuk turut sama menjayakan misi membangunk­an syiar Islam di Chad boleh menyumbang melalui akaun Maybank dengan nombor 5644904138­82, RHB Bank 2621200000­4747, Bank Islam 1401401014­7470 atau kepada UTM Humanitari­an Mission melalui akaun CIMB Bank 8602777801.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai kemusykila­n boleh menghubung­i beliau di talian 012-6935938 atau Timbalan Presiden Muslim Care Malaysia, Johari Ismail di talian 0169978323 selain melayari laman Facebook Muslim Care Malaysia Society.

 ??  ??
 ??  ?? ZAKARIA
ZAKARIA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia