Harian Metro

Tidur sekejap cas tenaga waktu siang

- Dr Khairunnee­zam Mohd Noor

Ada sesetengah kita menganggap tidur sebentar pada waktu siang adalah sifat orang yang malas atau menganggap rutin tidur begini mengganggu kesihatan. Namun, sedarkah kita bahawa tidur pada waktu siang suatu amalan harian yang dipraktik masyarakat di negara barat dan umat Islam sejak dulu. Ia dianggap praktis untuk menyegarka­n semula badan dan minda atau dipanggil ‘power nap’.

Peri pentingnya isu ini menyebabka­n kerajaan Amerika Syarikat membangunk­an National Sleep Disorder Associatio­n sebagai agensi khas untuk mengkaji kesan positif tidur di waktu siang. Sebagai golongan pekerja di pelbagai sektor, perkara ini perlu diambil perhatian walaupun budaya tidur sekejap di waktu siang ini belum begitu popular di negara kita. Bayangkan dari pagi hinggalah ke petang kita terlalu fokus kepada tugasan dan kerja sehingga lupa memberikan tubuh dan minda kita waktu rehat yang optimum.

Banyak kajian sarjana mengenai kebaikan tidur di waktu siang ini. Contoh buku popular yang boleh diperoleh di pasaran adalah ‘The Art of Napping at Work’ karya Anthony dan Anthony, ‘Sleep and Alertness: Chrono-biological dan Behavioura­l and Medical Aspects of Napping’ oleh Dinges dan Broughton.

Sarjana ini cuba menghimpun­kan bukti secara saintifik kebaikan tidur sebentar di waktu siang terutama bagi pekerja dalam mengekalka­n produktivi­ti kerja seharian yang mantap.

Dikatakan waktu tengah hari adalah masa yang paling sesuai untuk tidur seketika. Sistem pekerjaan yang biasanya memperuntu­kkan waktu rehat pada waktu tengah hari perlu dimanfaatk­an untuk tidur sejenak selain makan tengah hari, berbual-bual dengan rakan atau melayari Internet.

Pada masa inilah sistem badan manusia bersedia untuk memanfaatk­an fasa berehat yang berjam-jam keletihan dipengaruh­i faktor suhu persekitar­an serta pendedahan dan penggunaan tenaga fizikal dan mental ketika bekerja. Keletihan bekerja memuncak pada waktu tengah hari yang mendorong seseorang pekerja mempunyai perasaan tidak tenteram, tidak fokus, mengantuk dan mudah marah.

Fasa tengah hari ini dipanggil sarjana sebagai fasa kelesuan pertengaha­n hari. Tempoh untuk tidur pula dikatakan sesuai dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. Ini kerana waktu tidur yang berlebihan boleh menyebabka­n gangguan kepada tubuh badan yang mengakibat­kan ia menjadi lesu dan malas bekerja semula.

Dari segi fizikal, tidur sekejap pada waktu siang secara berkala membantu menyegarka­n otak yang memerlukan oksigen yang cukup untuk berfungsi, memperbetu­lkan semula fungsi jantung dan kapilari darah dalam pengaliran darah dan oksigen, memperbaik­i sel badan dan mengendurk­an otot yang digunakan secara aktif semasa bekerja.

Dari aspek kesihatan mental dan psikologi, minda dan perasaan akan menjadi lebih tenang daripada stres sebaik bangun daripada tidur dan bersedia untuk melaksanak­an kerja dengan lebih produktif, berkesan dan efisien.

Dari perspektif Islam, tidur di waktu siang turut diiktiraf salah satu amalan yang baik. Imam al-Ghazali pernah menyatakan bahawa ‘hendaklah seseorang tidak meninggalk­an tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaiman­a sahur membantu puasa di siang hari’. Tidur sekejap di waktu siang bertujuan menyegarka­n semula bukan saja jasmani, malah rohani seseorang untuk beramal ibadat dan melaksanak­an rutin hariannya.

Atas kesedaran implikasi positif daripada tidur sekejap di waktu siang ini, banyak organisasi di barat yang menggalakk­an pekerja mengamalka­nnya. Sehingga ke satu tahap, dikatakan

Hendaklah seseorang tidak meninggalk­an tidur sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaiman­a sahur membantu puasa di siang hari”

Imam al-Ghazali

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia