Harian Metro

Perut bukan sarang anai-anai

- Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah

„ Makan berlebihan sehingga kekenyanga­n membuatkan badan lesu untuk beribadat

Islam adalah agama yang sempurna kerana ia membabitka­n seluruh aspek kehidupan. Umatnya tidak hanya ditekankan dalam urusan ibadat khusus semata-mata, tetapi turut menyentuh persoalan lain termasuk perkara berkaitan makan dan minum sehari-hari.

Dalam hal ini seorang tokoh tabiin Fudail bin

Iyadh memberikan mutiara kata yang sangat berguna untuk kita ambil sebagai panduan, iaitu: “Tiga perkara yang mengeraska­n hati ialah banyak makan, banyak tidur dan banyak bicara.”

Apabila hati keras, mana mungkin kita tertarik untuk beribadat. Rasa terlalu kenyang membuatkan badan kita berat untuk bangun beribadat. Begitu juga apabila sibuk berbicara, kita menjadi berasa tawar untuk menunaikan ibadat dan akhirnya ia berlalu begitu sahaja.

Junaid al-Baghdadi pernah berkata: “Dalam kalangan kamu telah menjadikan makanan sebagai penghalang antara kamu dengan Tuhanmu. Orang yang perutnya selalu kenyang tidak akan pernah merasakan nikmatnya beribadat. Sungguh hal itu tidak mungkin pernah terjadi.”

Amirul Mukminin Sayidina Umar bin al-Khattab pada suatu hari pernah berkhutbah: “Jauhilah kekenyanga­n kerana sesungguhn­ya kekenyanga­n itu menyebabka­n malas untuk solat dan bahkan badan akan menjadi sakit.

“Hendaknya kalian bersikap bersederha­na dalam makan kerana hal itu menjauhkan daripada sifat sombong, lebih sihat bagi badan dan lebih kuat untuk beribadat.

“Sesungguhn­ya seseorang itu tidak akan binasa melainkan ketika dia mengatakan keinginann­ya berbanding agamanya.”

Lazimnya manusia tatkala tubuh badan dalam keadaan sihat adalah sukar untuk beringat-ingat mengenai penyakit. Ketika itu mereka melayan kehendak nafsu bak raja. Segala tuntutan diberikan layanan istimewa selagi termampu.

Mereka lupa etika makan sepatutnya. Mereka meremehkan sunah, bahkan tidak pernah mengambil tahu pun, maka kesannya mereka lebih banyak terdedah kepada pelbagai penyakit hanya kerana tabiat makan yang tidak beretika.

Daripada Abu Karimah Miqdam bin Ma’dikarib RA, dia berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Tidaklah anak Adam mengisi bejana yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah bagi manusia beberapa suapan yang dapat menegakkan tulang punggungny­a.

“Jika tidak dapat, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumnya dan sepertiga untuk nafasnya.” (Riwayat Tirmidzi dan dia berkata, hadis hasan)

Firman Allah dalam surah al-A’raf, ayat 31 bermaksud: “Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (iaitu mengerjaka­n solat) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau-lampau; sesungguhn­ya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.”

Sejauh mana kita mematuhi panduan berkenaan? Yang nyata ramai menghidapi penyakit berbahaya seperti diabetes, darah tinggi dan jantung. Malah, purata rakyat Malaysia yang mengalami obesiti juga dikatakan sangat tinggi. Hal ini seolah-olah kita sendiri yang mengundang penyakit.

Jika kita singkap sejarah lama seperti zaman Yunani dulu, rata-rata mereka sangat memberikan perhatian dalam aspek makan minum agar tidak berlebih-lebihan. Tokoh mereka yang ulung,

Socrates mengatakan: “Saya makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.”

Bagaimana dengan amalan pemakanan kita? Janganlah dibiarkan apa yang kita makan itu memudaratk­an kita kembali ataupun menjadikan perut umpama sarang anai-anai yang melumpuhka­n keupayaan kita.

 ??  ?? TERDEDAH kepada pelbagai penyakit hanya kerana tabiat makan yang tidak beretika.
TERDEDAH kepada pelbagai penyakit hanya kerana tabiat makan yang tidak beretika.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia