Harian Metro

Islam ambil berat institusi keluarga

-

Gambaran penekanan Islam kepada keluarga

Islam amat mengambil berat terhadap institusi keluarga. Hal ini dapat dilihat melalui undang-undang dan syariat yang dibuat oleh Islam untuk menyusun institusi kekeluarga­an. Berikut adalah sebahagian daripada contoh yang boleh dipaparkan:

Perintah supaya berkahwin

Perintah ini dilakukan untuk membentuk institusi kekeluarga­an kerana keluarga tidak akan wujud tanpa perkahwina­n. Firman Allah bermaksud: “Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatan­nya - di antara perempuan-perempuan yang beriman.” (Surah

al-Maidah, ayat 5)

Islam menetapkan hak dan tanggungja­wab suami isteri

Islam mewajibkan suami dengan:

Mas kahwin Firman-Nya bermaksud: “Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu mas kahwin-mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.” (Surah an-Nisa, ayat 4)

Nafkah “Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.” (Surah al-Baqarah, ayat 233)

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Dan bagi isteri-isteri kamu hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik.” (Riwayat Muslim)

Bergaul dengan isteri secara baik

“Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.” (Surah an-Nisa, ayat 19)

Islam mewajibkan isteri dengan beberapa perkara:

Taat kepada suami dalam perkara yang bukan maksiat

“Lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggun­gjawab terhadap perempuan.” (Surah an-Nisa, ayat 34)

Tidak boleh membenarka­n orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri-isteri kamu ialah mereka tidak membenarka­n sesiapa yang kamu benci memijak kakinya di atas hamparanmu.” (Riwayat Muslim)

Imam Nawawi berkata: “Isteri-isteri tidak boleh membenarka­n seseorang yang kamu benci untuk masuk dan tinggal di dalam rumah kamu.”

Menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan kamu kepada sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri solehah yang apabila suami melihatnya dia menggembir­akan suaminya, apabila suaminya menyuruhny­a dia taat dan apabila suami tidak ada di sisinya dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya.” (Riwayat Abu Daud)

Islam mensyariat­kan hak anak dan ibu bapa

Islam mewajibkan ibu bapa dengan beberapa kewajipan terhadap anak iaitu:

Mendidik anak supaya sentiasa beribadat dan berakhlak.

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Didiklah anak-anakmu dengan tiga sifat; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran.” (Riwayat ad-Dailami)

Islam juga mewajibkan anak dengan beberapa kewajipan terhadap ibu bapa:

Taat kepada ibu bapa dalam perkara yang tidak maksiat serta berbuat baik kepada mereka.

Memberikan nafkah kepada ibu bapa sekiranya mereka fakir miskin dan anak adalah orang yang senang.

— Sumber: Kitab Fiqah Mazhab Syafie

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia