Harian Metro

Bahana culas tunjuk pasport

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Padah tidak mengemukak­an pasport ketika keluar dan masuk ke Malaysia, 42 penunggang dan pembonceng motosikal didenda Mahkamah Sesyen Imigresen, semalam.

Semua tertuduh berusia antara 23 hingga 61 tahun termasuk dua wanita mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Salawati Djambari.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman RM1,800 ke atas penunggang motosikal, manakala RM1,500 terhadap pembonceng dan warga emas serta memerintah­kan mereka dipenjara dua bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarka­n kertas pertuduhan, 11 tertuduh lelaki didakwa gagal mengemukak­an pasport kepada pegawai imigresen ketika memasuki Malaysia di Kawalan Motosikal Masuk, Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru, pada jam 5.20 petang, 16 Februari lalu.

Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 26 (4) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 57 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga

„ 42 penunggang, pembonceng motosikal didenda

RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Manakala, 29 lagi tertuduh lelaki dan dua wanita didakwa melakukan perbuatan sama ketika meninggalk­an Malaysia untuk ke suatu tempat di luar negara ini di Kawalan Motosikal Keluar, BSI, jam 6.50 pagi pada 20 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 2 (2) Akta Pasport 1966 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (2) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarka­n fakta kes, semua tertuduh yang juga warga tempatan dan bekerja di Singapura itu ditahan dalam operasi Ops Kutip yang dijalankan Jabatan Imigresen dan didapati melalui laluan yang tidak dibenarkan (reject lane) serta tidak mengemukak­an pasport.

 ??  ?? 42 penunggang dan pembonceng mangaku bersalah atas pertuduhan gagal kemukakan pasport kepada pegawai Imigresen ketika keluar atau masuk dari Bangunan Sultan Iskandar.
42 penunggang dan pembonceng mangaku bersalah atas pertuduhan gagal kemukakan pasport kepada pegawai Imigresen ketika keluar atau masuk dari Bangunan Sultan Iskandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia