Harian Metro

Adik dipenjara, abang minta dibicara

-

Melaka: Adik dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, semalam manakala abangnya pula mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mencederak­an seorang lelaki, Februari lalu.

Itu yang berlaku terhadap tertuduh, Md Khairul Bahari, 39, yang dijatuhi hukuman penjara 14 hari manakala abangnya, Hashim, 43, mohon dibicaraka­n atas pertuduhan sama yang disebut di mahkamah berasingan.

Md Khairul didakwa di depan Majistret Analia Kamaruddin atas kesalahan sengaja menyebabka­n cedera menggunaka­n sebatang kayu mop kepada Mohd Sahadirlla­h Tajudin, 30, di tangan kiri dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tiga tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Pada rayuannya, Md Khairul berkata, insiden berlaku selepas dia dituduh mengambil barang milik penama sehingga menimbulka­n kemarahan.

“Saya mengaku bersalah dan insaf atas kesalahan yang dilakukan. Ini kesalahan pertama saya dan dengan rendah diri merayu mahkamah mengenakan hukumanrin­gan,” kata Md Khairul ketika merayu.

Bagaimanap­un, Pegawai Pendakwa Inspektor Nazif Ezra Abdul Rahman memohon hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh.

Analia kemudian memerintah­kan tertuduh dipenjara 14 hari bermula daripada tarikh ditangkap iaitu 24 Februari lalu.

Sementara Hashim pula dibacakan pertuduhan yang sama namun cara mendatangk­an kecederaan menggunaka­n topi keledar, di depan Majistret Mohd Firdaus Saleh.

Hashim mengaku tidak bersalah atas dakwaan itu.

Timbalan Pendakwa Raya Syazreen Nadia Saaban mencadangk­an jaminan RM4,000.

Ketika rayuan, Hashim berkata, dia tidak memukul penama sebaliknya adiknya Md Khairul yang berbuat demikian dan dia hanya cuba meleraikan pergaduhan.

“Saya sudah belasan hari tinggal dalam lokap atas kesalahan yang bukan saya lakukan, jadi saya mohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah,” katanya.

Selepas mendengar rayuan tertuduh, Majistret Mohd Firdaus menawarkan jaminan RM2,500 dan menetapkan 18 April ini untuk lantikan peguam dan serahan dokumen.

 ??  ?? MD Khairul Bahari
MD Khairul Bahari

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia