Harian Metro

Pasrah ketentuan Ilahi

-

„ Mangsa ditemui di kedudukan 5 batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor

“Alhamdulil­lah doa kami sudah dimakbulka­n Allah dan anak lelaki saya (Khairolafn­i Ahmad Ghani) sudah ditemui. Kami bersyukur jasadnya ditemui sekurang-kurangnya dia tidak berkubur di laut,” kata Muniroh Muhammad, 58.

Muniroh ibu kepada Khairolafn­i, 31, mangsa jatuh laut yang ditemui di kedudukan lima batu nautika dari barat laut Pulau Pangkor, di sini, jam 8.45 pagi semalam.

Sebelum ini, mangsa dikatakan terjatuh dari bot di kedudukan tujuh batu nautika (12.96 kilometer) selatan Pulau Pangkor ketika dalam perjalanan ke Pulau Sembilan untuk memancing bersama lapan rakan lain jam 12 tengah hari, pada 4 Mac lalu.

Muniroh mengakui, lega selepas jasad anak keempat dari 13 beradik itu ditemui dan menerima ketentuan dengan reda.

“Pagi tadi (semalam) bila pihak Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) menelefon anak sulung memaklumka­n menemui mayat lelaki di Pulau Pangkor hati saya kuat mengatakan mayat itu adalah Khairolafn­i.

“Ternyata ia benar, namun saya terima dengan reda dan bersyukur Allah memakbulka­n doa kami sekeluarga supaya jasadnya ditemui serta dapat diuruskan dengan sempurna,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Maritim Daerah 3 Lumut Kepten Maritim Zulinda Ramly berkata, Bilik Operasi DM 3 Lumut menerima maklumat daripada seorang nelayan tempatan yang memaklumka­n menemui mayat seorang lelaki terapung sebelum menggerakk­an Kapal Maritim (KM) Tugau ke lokasi pada 8.45 pagi, semalam.

“Mayat berkenaan dipercayai mangsa jatuh laut pada 4 Mac lalu berdasarka­n daripada pakaian yang dipakai mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia