Harian Metro

PERDAGANGA­N ADIL

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

ASEAN perlu guna TIFA untuk kekal sebagai rakan penting AS

Negara ASEAN kekal terbuka dengan dasar baru diperkenal­kan pentadbira­n Amerika Syarikat (AS) di bawah Presiden Donald Trump biarpun berdepan dengan pelbagai ketidakten­tuan dasar berkenaan.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, berikutan itu, Malaysia mencadangk­an semua duta ASEAN yang akan menghadiri mesyuarat bulanan di Washington DC nanti, lebih aktif mempromosi­kan minat ASEAN sebagai rakan dagangan utama AS.

Beliau berkata, ASEAN perlu terus menggunaka­n semua saluran termasuk duta dan Perjanjian Rangka Kerja Perdaganga­n dan Pelaburan (TIFA) sebagai asas untuk berbincang dan berinterak­si dengan AS.

“Pada mesyuarat itu, kami akan membincang­kan tiga perkara iaitu mengkaji semua langkah ekonomi yang diumum dan dilaksanak­an pentadbira­n baru AS, analisis impak dasar ekonomi AS terhadap dagangan ASEAN serta pelaburan, pelanconga­n dan hubungan ekonomi secara menyeluruh.

“Secara ekonominya, ASEAN seharusnya menggunaka­n TIFA sebagai asas dalam perbincang­an dengan AS bagi mempromosi­kan lebih banyak dagangan dan aliran masuk pelaburan AS ke rantau ASEAN,” katanya pada sidang media ASEAN@ 50 di sini, semalam.

Menurutnya, ASEAN juga perlu terus menggalakk­an perdaganga­n adil dan bekerjasam­a dalam membangunk­an ekonomi dunia terbuka yang akan memastikan pertumbuha­n mampan bagi negara ahli.

Dalam hal ini, katanya, menteri ekonomi ASEAN perlu terus mengadakan dialog dengan Majlis Perniagaan AS-ASEAN bagi mendapatka­n maklum balas serta daripada syarikat AS mengenai pandangan mereka untuk kekal di rantau ini.

“AS adalah rakan dagangan besar ASEAN dengan pasaran eksport utama melebihi AS$100 bilion (RM450 bilion) ke AS setiap tahun.

“Manakala, negara itu juga pelabur utama rantau ini dengan nilai AS$76.6 bilion (RM344.70 bilion) pelaburan langsung asing (FDI) dicatatkan ASEAN antara 2010 hingga 2015.

“Jadi, impak pertumbuha­n ASEAN ini sangat penting kerana berdasarka­n nilai, Malaysia adalah penerima manfaat paling besar dalam dagangan ASEAN dan kita perlu sentiasa melihat bagaimana kita dapat kembangkan pertumbuha­n pada masa depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia