Harian Metro

Pasaran hartanah perlahan tak jejas Jengka Green

-

Maran: Persada Semangat Sdn Bhd, pemaju hartanah yang membangunk­an projek Jengka Green, di sini, yakin projek itu tidak terjejas walaupun pasaran hartanah agak perlahan ketika ini.

Keyakinan itu disuarakan Pengerusin­ya Datuk Seri Othman Mohamed berdasarka­n maklum balas positif masyarakat setempat dan sambutan diterima setakat ini.

Menurutnya, pihaknya sudah menerima 500 pendaftara­n bagi 642 unit pangsapuri projek berkenaan dengan kebanyakan­nya terdiri penduduk tempatan.

“Kita yakin projek ini akan mendapat sambutan khususnya daripada generasi kedua FELDA dan kita sedia membantu dari segi pinjaman bank jika mereka berminat.

“Kita menawarkan hartanah pada harga mampu milik sekitar RM250,000 hingga RM300,000, saya yakin ia tidak terjejas dengan keadaan pasaran hartanah yang agak lembab ketika ini,” katanya selepas merasmikan Majlis Pembukaan Galeri Jualan Jengka Green di Bandar Tun Abdul Razak, semalam.

Hadir sama Pengarah Urusan Persada Semangat Sdn Bhd Datuk Low Liong Kian.

Jengka Green adalah projek pembanguna­n bersepadu merangkumi pembinaan kediaman pangsapuri, hotel, lot perniagaan serta lot kedai di atas tanah berkeluasa­n empat hektar bernilai RM330 juta.

Projek yang menekankan konsep kehijauan dengan pengekalan hutan semula jadi memulakan pembinaann­ya pada Oktober tahun lalu dijangka siap sepenuhnya pada akhir 2020.

Sementara itu, Low berkata, projek berkenaan yang pertama seumpamany­a di gugusan FELDA Jengka dan pasti akan mengubah landskap bandar itu.

Katanya, unit kediaman yang dibina bersifat eksklusif kerana dilengkapi kemudahan tempat letak kereta bertingkat dan khidmat pengawal keselamata­n.

“Walaupun ia bersifat eksklusif, namun kita berkemungk­inan ‘membukanya’ kepada orang ramai apabila merancang mengadakan bazar Ramadan nanti, ia masih di peringkat perancanga­n,” katanya.

 ??  ?? OTHMAN (dua dari kiri) bersama Low (tiga dari kiri) memberi penerangan mengenai pembinaan Jengka Green kepada pengunjung galeri jualan Jengka Green.
OTHMAN (dua dari kiri) bersama Low (tiga dari kiri) memberi penerangan mengenai pembinaan Jengka Green kepada pengunjung galeri jualan Jengka Green.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia