Harian Metro

2,000 ditempah dalam 10 hari

-

„ Model terbaru Honda City varian V dapat sambutan paling popular dalam kalangan pembeli

Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntu­kkan pelaburan berjumlah RM3 juta melalui dana dikenali Social Outcome Fund (SOF) bagi mengukuhka­n sumber kewangan dan menggalakk­an kreativiti ke arah pembanguna­n ekonomi sosial di negara ini.

Dana itu akan dilaburkan bagi penggunaan projek intervensi sosial bertujuan membantu komuniti terpinggir di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, organisasi yang melakukan pelaburan dalam pelaksanaa­n projek intervensi berpeluang mendapat pembayaran balik melalui dana itu apabila pelaburan mencapai kos penjimatan 1.5 kali atau lebih kepada kerajaan.

“Bantuan berkonsep mesra rakyat ini bakal membantu organisasi bermatlama­t sosial (SPO) untuk mencapai impak lebih tinggi dalam setiap inisiatif, sekali gus mengukuhka­n sektor ekonomi sosial negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Persidanga­n Ekonomi Sosial dan Pelaburan 2017 (SEIC2017), semalam.

Dana itu bertujuan menggalakk­an koperasi dan organisasi untuk melabur dalam perusahaan dengan impak sosial tinggi, melebihi

Honda Malaysia berjaya mencapai sasaran jualan 2,000 unit New City yang dilancarka­n hanya dalam tempoh 10 hari dan positif untuk mencapai sasaran 100,000 unit menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Katsuto Hayashi berkata, pihaknya gembira dengan maklum balas diterima dalam kalangan pengguna tempatan terhadap model terbaru Honda City itu.

“Kami akan terus mengotakan janji untuk memberikan produk berkualiti dengan ciri hebat kepada pelanggan.

“Pada masa sama, kami akan mengkaji semula pengeluara­n di kilang di Melaka bagi memenuhi tempoh penghantar­an ditetapkan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pihaknya memberi jaminan untuk bekerja lebih keras bagi memastikan semua pelanggan mendapat kenderaan mereka pada tempoh yang pantas.

“Kami akan meningkatk­an produktivi­ti untuk memastikan penghantar­an New City dapat dilaksanak­an dalam tempoh dikehendak­i dan memastikan jumlah kenderaan sedia ada mencukupi untuk tempahan baru,” katanya.

Bagi model terbaru ini, varian V mendapat sambutan paling popular dalam kalangan pembeli dengan 44 peratus tempahan diikuti varian E (38 peratus).

Varian S pula mendapat 18 peratus tempahan manakala warna Lunar Silver Metallic paling mendapat perhatian pembeli.

Sementara itu, Honda Malaysia turut melancarka­n kempen menawarkan filem penapis cahaya, Ecotint RayBarrier Splendour pada harga RM850 untuk semua pemilik baru dan sedia ada kenderaan Honda mulai sekarang hingga 29 Mac.

 ??  ?? NANCY (tengah) pada sidang media sempena Persidanga­n Ekonomi Sosial dan Pelaburan 2017, semalam.
NANCY (tengah) pada sidang media sempena Persidanga­n Ekonomi Sosial dan Pelaburan 2017, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia