Harian Metro

DITETAK KERANA LAWAN DENGKUR

- Agensi

Lelaki serang rakan sebilik dengan pisau pemotong daging kerana tidak cukup tidur

Seorang lelaki bertindak menetak rakan sebiliknya dengan pisau pemotong daging hingga cedera parah selepas bertengkar mengenai masalah berdengkur yang dihadapi mereka.

Kejadian yang berlaku di sebuah asrama pekerja di Wenzhou di wilayah Zhejiang pada Jumaat lalu itu menyebabka­n mangsa cedera parah di kepala dan perut.

Media melaporkan, kedua-dua lelaki itu mempunyai masalah berdengkur yang kuat sehingga mengganggu tidur teman sebilik mereka.

Bagi mengatasi masalah itu syarikat tempat lelaki itu bekerja menempatka­n mereka di satu bilik di asrama pekerja berkenaan.

Bagaimanap­un, masalah baru pula muncul apabila dua lelaki terbabit sukar tidur kerana terganggu dengan dengkuran masing-masing.

Keadaan semakin buruk apabila kedua-dua lelaki itu sering bertengkar dan saling tuduh menuduh mengenai dengkuran siapa yang paling kuat.

Perbalahan kedua-dua lelaki itu sampai ke kemuncak apabila suspek menyerang rakan sebiliknya itu menggunaka­n pisau pemotong daging.

Satu rakaman kamera keselamata­n di asrama berkenaan menunjukka­n suspek berjalan di koridor sambil memegang pisau yang diambilnya di kantin.

Lelaki itu dilihat masuk ke bilik sebelum terus menyerang rakan sebiliknya.

Rakaman video turut menunjukka­n mangsa sempat berlari keluar dari bilik tetapi terjatuh dan terus diserang oleh suspek.

Serangan hanya terhenti apabila penghuni lain yang mendengar mangsa menjerit meminta tolong keluar dan menyelamat­kan lelaki itu.

Sementara itu, jurucakap polis memberitah­u, suspek menyerah diri kepada pihak berkuasa dan didakwa kerana melakukan serangan.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK dilihat berjalan sambil memegang pisau pemotong daging sebelum menyerang rakan sebiliknya. - Agensi
SUSPEK dilihat berjalan sambil memegang pisau pemotong daging sebelum menyerang rakan sebiliknya. - Agensi
 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n suspek menyerang mangsa (dalam bulatan) di kawasan koridor di asrama kediaman mereka di Wenzhou di wilayah Zhejiang, China. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n suspek menyerang mangsa (dalam bulatan) di kawasan koridor di asrama kediaman mereka di Wenzhou di wilayah Zhejiang, China. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia