Harian Metro

Penasihat kanan Park tawar letak jawatan

-

Seoul: Penasihat kanan bekas Presiden Park Geun-hye, menawarkan diri untuk meletak jawatan semalam, tiga hari selepas Mahkamah Perlembaga­an secara rasmi memecatnya berkaitan skandal rasuah.

Park yang kuasanya digantung pada Disember, secara rasmi dipecat Jumaat lalu selepas mahkamah menyingkir­kannya daripada jawatannya itu.

Sembilan penasihat kanan presiden menyerahka­n surat peletakan jawatan kepada pemangku presiden Korea Selatan, Hwang Kyo-ahn, lapor agensi berita Yonhap, memetik kenyataan pegawai kerajaan yang enggan namanya didedahkan.

Jurucakap Hwang bagaimanap­un belum mengesahka­n laporan berkenaan dan panggilan telefon ke Rumah Biru juga tidak dijawab.

Rumah Biru mempunyai 10 penasihat utama berhubung dasar luar, ekonomi dan isu lain. Satu daripada jawatan itu dikosongka­n sejak penahanan seorang penasihat berkaitan skandal terbabit.

Selepas dipecat, Park kehilangan imuniti dan mungkin berdepan siasatan berhubung dakwaan dia bersubahat dengan rakan karibnya, Choi Soon-sil, untuk memeras wang daripada syarikat besar dan membenarka­nnya campur tangan dalam hal ehwal negara seolah-olah dia mempunyai jawatan rasmi.

Puluhan tokoh berprofil tinggi termasuk Choi, pewaris Samsung, Lee Jae-yong dan pegawai tertinggi kerajaan berdepan perbicaraa­n jenayah.

Korea Selatan akan melantik presiden baru pada awal Mei depan. Tinjauan pendapat menunjukka­n Moon Jae-in dari Parti Demokratik, yang tewas kepada Park pada 2012 sebagai calon pilihan untuk menjadi pemimpin seterusnya negara itu. - AP

 ??  ?? ORANG ramai melarikan diri dari lokasi serangan berani
mati di Kabul, Afghanista­n. - EPA
ORANG ramai melarikan diri dari lokasi serangan berani mati di Kabul, Afghanista­n. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia