Harian Metro

Mati sampah runtuh

- Agensi

Sekurang-kurangnya 50 maut ditimbus di tapak pelupusan

Sekurang-kurangnya 50 maut manakala puluhan yang lain dilaporkan cedera ditimbus sampah akibat ‘tanah runtuh’ di kawasan pelupusan sampah terbesar di luar ibu negara Habsyah.

Bencana itu menyebabka­n puluhan rumah penduduk setinggan di tapak pelupusan Koshe musnah apabila sebahagian besar timbunan sampah runtuh.

Ketua biro komunikasi bandar berkenaan, Dagmawit Moges berkata, sekurang-kurangnya 50 orang maut terdiri daripada perempuan dan lelaki, termasuk beberapa kanak-kanak.

Kebanyakan mangsa adalah penduduk di kawasan setinggan yang bekerja sebagai pengutip sampah untuk menyara kehidupan di tapak seluas 74 ekar itu.

Antara mangsa yang hilang tempat tinggal dalam bencana itu, Musa Suleiman Abdulah berkata, ketika kejadian berlaku dia mendengar bunyi kuat.

“Apabila kami melihat keluar dari rumah, sesuatu seperti puting beliung bergerak ke arah kami. Kami segera membawa ahli keluarga yang lain melarikan diri.

“Orang ramai mula memberi pertolonga­n. Keluarga saya sempat melarikan diri sebelum nahas berlaku,” katanya.

Masih ada mangsa dipercayai terperangk­ap di bawah timbunan sampah berkenaan tetapi polis menghalang orang ramai mendekati tempat kejadian.

Seorang buruh harian yang turut tinggal di situ, Ibrahim Mohammed berkata, bencana itu berlaku dalam masa tiga minit.

Dianggarka­n lebih 200 orang tinggal di kawasan yang menjadi tempat pembuangan sampah utama bandar Addis Ababa sejak lebih 40 tahun itu.

Sementara itu, menurut penduduk, Berhanu Degefe, mereka yang tinggal di situ membina rumah sejak dua atau tiga tahun lalu.

“Mata pencarian mereka memang bergantung pada tapak pelupusan itu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada loji biogas baru yang sedang dibina di atas bukit apabila jentolak yang digunakan untuk meratakan tanah meningkatk­an tekanan di lereng sekali gus menyebabka­n runtuhan.

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di dalam timbunan sampah. - AP
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa di dalam timbunan sampah. - AP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia