Harian Metro

Chong Wei bagai ‘harimau terluka’

-

Kuala Lumpur: Dia ibarat ‘harimau terluka’, jelas jurulatih perseorang­an lelaki negara Tey Seu Bock yang melihat sendiri bagaimana Datuk Lee Chong Wei (gambar) bertarung dari pusingan pertama hingga ke perlawanan akhir sekali gus mampu membolot gelaran keempat Seluruh England kelmarin.

Menurutnya, selepas dibelenggu kecederaan terkoyak ligamen lutut kiri, anak buahnya itu mendapat satu motivasi yang tinggi untuk kembali memberi tentangan hingga membolehka­nnya merampas semula gelaran Seluruh England.

“Dia melawan dirinya sendiri untuk meraih gelaran ini. Memang dia betul-betul mahu menang. Saya sangat bangga dan gembira kerana sebelum kejohanan ini dia mengalami kecederaan,” kata Seu Bock.

Jelasnya, Chong Wei sebenarnya tidak mempunyai latihan sepenuh masa yang cukup, selepas sembuh pemain nombor satu dunia itu memiliki tempoh lapan hingga 10 hari saja untuk mempersiap­kan diri.

“Selepas dia meraih gelaran ini saya amat terkejut. Ia memang satu keajaiban dan boleh saya katakan dia seorang pemain yang bernilai,” katanya.

Ditanya mengenai hasrat Chong Wei untuk mempertaha­nkan kejuaraan Seluruh England tahun depan, Seu Bock menganggap ia satu perkara yang positif buat badminton negara.

“Kalau dia bercakap mengenai mempertaha­nkan gelaran, saya rasa kita perlu tengok keadaan semasa (ketika itu). Bagaimanap­un, dia seorang pemain yang bersemanga­t dan tidak mudah putus asa.

“Ia sebenarnya satu petanda positif buat kita, kerana memberi bayangan dia tidak akan menggantun­g raket buat masa terdekat,” kata Seu Bock.

Seu Bock menemani Chong Wei ke Seluruh England apabila Hendrawan tidak dapat berbuat demikian atas sebab masalah kesihatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia