Harian Metro

‘Tak sabar beraksi’

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

Kumpulan UDA Angsana Johor Bahru bersedia untuk beraksi sempena Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl, Angsana Johor Bahru Mall dari 23 hingga 25 Mac ini.

Ketua pasukan Mohd Fauze Awi, 37, berkata, penyertaan kali pertama bersama dua rakan setugas, Syahrulisa­m Samat, 38, dan Suriaty Mohd Reza, 38, adalah bagi memeriahka­n kejohanan bowling di pusat beli belah itu.

“Kebetulan kami sering bermain di pusat bowling itu dan berharap pengalaman beraksi di gelanggang itu memberi sedikit kelebihan.

“Kami tidak meletakkan harapan tinggi kerana bermain secara suka-suka sebelum ini, namun kalau tersenarai dalam 10 pasukan teratas, kami amat bersyukur,” katanya ketika menyerahka­n borang penyertaan di pejabat Harian Metro di Bandar Baru UDA di sini, semalam.

Kakitangan bahagian parkir itu berkata, penyertaan kumpulan itu turut didorong pengurusan syarikat yang mahu kakitangan­nya terbabit dalam kejohanan itu.

“Sebab itu, kalah atau menang bukan menjadi keutamaan dan pastinya saya mahu turut serta dengan aktiviti seperti itu yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik.

“Kalau menang, ia satu bonus dan jika tidak pun peluang masih terbuka kerana turut berpeluang memenangi cabutan bertuah ditawarkan penganjur termasuk sebuah motosikal,” ujarnya.

Ketika ini belum ada sebarang persediaan dilakukan menjelang kejohanan itu namun Fauze menegaskan dia akan berlatih bersama rakan di pusat bowling itu.

“Harapan kami supaya kejohanan itu nanti berjalan lancar, selain keadaan lorong bowling juga lebih licin memudahkan pergerakan bola,” katanya yang berasal dari Tampoi.

Fauze menyatakan dia bersama rakannya juga akan membawa ahli keluarga bersama memandangk­an 23 Mac adalah hari kelepasan am di negeri itu sempena Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Kejohanan ‘one-off’ itu diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-26 akhbar Harian Metro dengan pelbagai hadiah menarik ditawarkan selain cabutan bertuah serta konsert mini pada hari terakhir kejohanan.

Kejohanan itu menyasarka­n 100 pasukan membabitka­n 300 pemain mengambil bahagian dengan pusingan saringan diadakan bermula Khamis dan Jumaat dengan hanya 10 pasukan teratas akan bertanding pada pusingan akhir.

Juara akan membawa pulang

„ Fauze percaya kelebihan bermain di gelanggang sendiri mampu julang kumpulan UDA Angsana

RM1,000, pingat dan hamper; naib juara RM700, pingat dan hamper dan ketiga RM600, pingat dan hamper.

Pemenang tempat keempat akan menerima RM500, pingat dan hamper manakala pemenang kelima hingga ke-10, RM200, pingat dan hamper.

 ??  ?? FAUZE (kanan) bersama rakan sepasukan.
FAUZE (kanan) bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia