Harian Metro

Julie’s kongsi keenakan biskut bersama peserta

-

Johor Bahru: Pengekspor­t biskut terbesar di Malaysia, Perfect Food Manufactur­ing (M) Sdn Bhd (Julie’s) menyokong penganjura­n Kejohanan Bowling Best! Harian Metro di Sahara Bowl, Angsana Johor Bahru Mall dari 23 hingga 25 Mac ini.

Pengurus Perhubunga­n Media Lim Bee Bee berkata, komitmen menerusi penajaan dua jenis biskut Le-mond Sandwich Krim Keju Cheddar dan Julie’s Biskut Oat 25 keluaran syarikat itu untuk dimuatkan dalam beg cenderahat­i peserta.

“Penajaan kedua-dua biskut ini memandangk­an biskut Le-mond Sandwich Krim Keju Cheddar dan Julie’s Biskut Oat 25 membantu peserta kejohanan bowling untuk mendapatka­n tenaga yang diperlukan.

“Malah penajaan ini juga sebagai tanda sokongan syarikat kepada aktiviti sihat seperti sukan bowling dianjurkan Harian Metro,” katanya ketika dihubungi berhubung penajaan kedua-dua biskut itu bagi menjayakan Kejohanan Bowling Best! Harian Metro.

Bee Bee berkata, syarikat itu menyokong aktiviti sebegitu yang menyihatka­n tubuh badan, selain menggalakk­an masyarakat untuk bersukan.

“Komitmen syarikat dalam menaja biskut juga diberikan kerana usaha akhbar ini membantu dalam mempromosi­kan produk kami.

“Sebab itu, syarikat mengambil peluang ini untuk memberikan semula menerusi aktiviti menyihatka­n seperti pertanding­an bowling,” jelasnya.

Penajaan itu membolehka­n pihaknya berkongsi biskut Julie’s keluaran syarikatny­a untuk dinikmati orang ramai.

“Sekurang-kurangnya ia memberi peluang orang ramai mencuba biskut kami dengan slogan ‘Baked With Love’ yang sentiasa prihatin terhadap cita rasa dan pilihan pelanggan kami,” katanya.

Perfect Food yang memasarkan produk biskut Julie’s kini sudah melebarkan pasaran mereka ke-75 pasaran asing dan bakal menambah 30 pasaran baru menjelang 2020.

Antara negara yang menjadi sasaran adalah Amerika Selatan, Russia, Eropah dan rantau Afrika, sekali gus menjadikan pasaran asing penyumbang 55 peratus kepada perolehann­ya menjelang dua tahun akan datang.

 ??  ?? EKSEKUTIF (Perhubunga­n Media) Julie’s Walter Teh (kiri) menyerahka­n tajaan kepada wakil jawatan kuasa Kejohanan Bowling Best! Harian Metro, Mohd Napi Ibrahim.
EKSEKUTIF (Perhubunga­n Media) Julie’s Walter Teh (kiri) menyerahka­n tajaan kepada wakil jawatan kuasa Kejohanan Bowling Best! Harian Metro, Mohd Napi Ibrahim.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia