Harian Metro

Pemain Leicester selesa taktikal Shakespear­e

-

London: Craig Shakespear­e yang tidak dikenali dalam dunia bola sepak beberapa minggu lalu kini bersedia untuk mengemudi Leicester City ke suku akhir Liga Juara-Juara.

Jurulatih yang berperwata­kan lucu itu dinaikkan pangkat daripada tugasnya sebagai penolong pengurus berikutan pemecatan mengejut Claudio Ranieri bulan lalu yang menyebabka­n beliau berasa seperti ‘watak jahat pantomin.’

Namun Leicester menang dua perlawanan di bawah kendalian Shakespear­e dan akan cuba menebus defisit 1-2 pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi esok menentang Sevilla dengan keyakinan yang semakin pulih.

“Beliau seorang jurulatih hebat, seorang yang hebat dan menggalas tugas itu seperti sudah biasa dengannya,” kata pertahanan kanan Leicester Danny Simpson.

“Beliau menjadikan semuanya mudah dan memberitah­u apa yang mahu dilakukan, ia perkara mudah dan asas malah kami pernah melakukann­ya jadi terus berharap supaya kami dapat membantuny­a.”

Pemain Leicester dikatakan kurang senang dengan pendekatan taktikal ‘cuba-cuba’ yang dilakukan Ranieri yang menyebabka­n kelab itu tergelinci­r ke zon penyingkir­an dan Shakespear­e kembali menggunaka­n pendekatan asas.

Beliau kembali menggunaka­n kesebelasa­n utama yang muncul juara musim lalu dengan Wilfred Ndidi yang dibeli Januari lalu menggantik­an tempat N’Golo Kante, kini bersama Chelsea.

Leicester mempamerka­n aksi menakjubka­n pada perlawanan pertama Shakespear­e apabila Jamie Vardy menjaringk­an dua gol untuk menewaskan Liverpool 3-1 di laman sendiri dan bangkit daripada ketinggala­n untuk menewaskan Hull City 3-1 pada perlawanan berikutnya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia